Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Saturday, 20 May 2017

PERJALANAN SASTERAWAN NEGARA SHANON AHMAD SEJAUH INI.

CATATANNYA MEMBUKA LAMBARAN  HIDUP SAYA


Apabila Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad mencatatkan  di buku autobioghrafinya " Kepada sahabat lama yang sibuk di Pasar Yaakob", yang diberikan,saya terpegun kerana dalam keuzurannya masih mengingati  suatu episod terpenting dalam permulaan kehidupan seorang kawan.

Catitan itu membuka lambaran sejarah hidup saya ketika memulakan karier kewartawanan di akhir tahun 50an  sebagai pemberita sambilan Utusan Melayu di usia  lebih 18 tahun kerana  di Pasar Yaakoblah   saya menyewa  sebuah bilik kecil dengan bayaran  lima dollar sebulan(RM5) untuk menjalankan tugas

Disinilah saya mula terdedah kepada kehidupan manusia yang berbagai dari remaja hingga ke tua, peniaga dan pengusaha Melayu kecil dan besar, pemimpin politik dan aktivis masyarakat dan rakan-rakan dari berbagai bidang pekerjaan terutama kaum guru.

Pejabat kecil saya yang sentiasa terbuka pintunya  menjadi  tempat  bertandang ramai orang yang mengenali saya  termasuk Shahnon Ahmad seorang guru  yang mulai menempah nama besar di alam sastera selain dari  mereka  yang bersemangat tinggi sebagai aktivis yang mahu menjadi pemimpin masa depan.

Syed Kechik bin Syed Mohamed yang baru pulang dari belajar secara mengembara  di Amerika Syarikat juga melepak di pejabat saya hampir setiap hari sebelum meninggalkan negara bagi kali kedua untuk belajar undang-undang di London kerana Ijazah Amerikanya tidak diiktiraf. Di sebalik kejayaannya dalam peranan politik dan ahli pernigaan,beliau mempunyai keperibadian bersih.

Syed Kechik  banyak  memberikan inspirasi kepada saya kerana kenikatannya untuk belajar dan menjadi orang yang tersohor sejak sebelum merdeka. Beliau menjadi sahabat setia saya hingga ke akhir hayatnya.

Oleh kerana kedudukan Pasar Yaakob berhadapan dengan jalan raya di Jalan Tunku Ibrahim  yang dihadapannya Pekan Rabu pusat perniagaan orang Melayu di Alor Setar, maka  Pasar Yaakob menjadi pusat  pertemuan ramai dengan di kedai buku, kedai gunting rambut, kedai kopi, kedai-kedai jahitan dan sebagainya.

Mereka terdiri darpada  pegawai-pegawai kerajaan kebanyakannya  guru-guru  yang melepak di sebuah kedai buku atau dikedai jahit dan kedai penggunting rambut.

Disinilah juga terletak  pejabat Azhari Taib Wakil Utusan Melayu Kedah Perlis sebelum saya mengambil tempatnya. Beliau juga adalah ADUN negeri Kedah.

Yang menceriakan kenangan hidup saya disini di hari tua  ialah pendedahan kepada kehidupan remaja yang penuh dengan hiburan, kenakalan, keliaran, kelucuan, dan kecerian.

Disinilah saya mengenali  kaki Hadyai, kaki minum, kaki hisap ganja, kaki judi, kaki ekor, kaki joget , rambong dan sebagainya. Saya bersyukur kerana dapat bergaul dengan mereka ini yang membantu membentuk pertimbangan dan  sikap rasional dalam menilai kehidupan manusia.

Di hari tua bila menemui kawan-kawan ini yang telah pun menjadi "orang baik", kami ketawa bersama kerana setiap wajah yang insaf dan taubat mempunyai cerita yang tersendiri tetapi Shahnon tidak mampu lagi untuk ketawa dalam keuzurannya.

Amatlah kuat dan tepat  ingatan  Shahnon di usia 84 tahun  bila mengatakan   "Pasar Yaakob tempat saya sibok", sesudah saya tidak menemuinya lebih dua puluh tahun. Masih cerah,kuat dan tajam ingatannya.

Di Pasar Yaakoblah  bermulanya hubungan saya yang rapat dengan Shahnon. Beliau pernah  menggunakan nama saya untuk  sebuah cerpennya yang disiarkan oleh Berita Minggu.

Saya boleh mendakwa  mengenali dan  mengetahui Shahnon lebih rapat dan lebih mendalam dari orang lain. Saya mengenali Shahnon  yang biasa dan yang luar biasa disebalik keterampilannya sebagai seorang Sasterawan Negara, sebagai anggota  Al Arqam dan sebagai orang Pas yang akhirnya kembali kepada darah dagingnya sebagai seorang sasterawan .

Beliau mendahului A.Samad Said dalam usaha untuk membetulkan dunia menerusi penulisan dan perjuangan  politik tetapi akhirnya kecewa untuk membetulkan dunia dengan katanya "Aku sudah tidak punya tangan dan kuasa lagi untuk mengubah masyarakat dari yang mungkar kepada yang ma'aruf,aku tahu aku tidak punya lidah atau suara lagi untuk menjerit seperti dulu untuk mengembalikan kemanusiaan ke kefitrahannya yang usul."

Shahnon berkata sekarang " Aku diatas ranjang menunggu saat untuk berpindah ke alam lain bagi menunggu saat kebangkitan semula yang dijanjikan olehNya disana bersama arwah-arwah yang terdahulu'(halaman 182 Perjalananku Sejauh ini- Sebuah autobiografi-Shahnon Ahmad).

Buku ini dihadiahkan  kepada saya ketika saya mengunjunginya bersama dengan Tan Sri Johan Jaafar dan seorang rakan bekas pegawai Utusan Rosle Azmi di rumah anaknya di Bangi baru baru ini. Saya mencari alamatnya di Pulau Pinang tetapi Johan menemuinya sudah berpindah tinggal bersama anak lelakinya Asrol  di Bangi.

Generasi sekarang  tentu masih mengingati  novelnya Ranjau Sepanjang Jalan yang juga telah difilemkan dan  tidak lupa Shahnon  menggemparkan pilihanraya 1999 dengan novelnya  Shit @PukiMak.

Shahnon yang saya temui ini bukanlah Shahnon yang dulu lagi sebaliknya Shahnon yang telah melalui dua proses indoktrinasi  politik dan  keugamaan  yang banyak mengubah fahaman dan  cara berfikirnya  yang membawa keinsafan kepadanya sebagai pernah berada dalam kesesatan sedangkan saya tetap berada di pihak yang tidak pernah melihat kebenaran dalam kedua pertubuhan ini.

Shahnon juga tidak menemui kebenaran tetapi melihat kejatian diri manusia dengan segala kelemahannya disebalik gambaran kehebatan imej mereka. Inilah kebenaran yang menginsafkannya.

Menurut isterinya Kak Wan Fatimah dalam keuzuranya pun  sekarang, Shahnon masih mencatitkan sesuatu di atas kertas  ketika di sorong di kerusi rodanya.

Beliau tidak boleh duduk  lama di atas  kerusi rodanya tanpa ditolak oleh isteri atau anaknya. Buku Perjalananku Sejauh Ini  adalah sebahagian dari hasil tulisannya  di atas kerusi roda.

Shahnon diserang penyakit saraf yang dikenali sebagai Myasthenia Gravis (MG)ketika masih menjadi wakil rakyat setelah menang dalam pilihanraya 1999. Penyakit ini membuatnya suka bersendirian dan lebih mendekati dirinya dengan Allah.

Dalam sakitnya yang panjang, keluar dan masuk hospital, beliau juga menemui bomoh  tetapi akhirnya kembali kepada pakar perubatan yang menyembuhkannya.

Bezanya antara Shahnon dengan saya ialah beliau mengenali haiwan, iblis dan syaitan dalam kalangan manusia  setelah menyertai politik tetapi sebagai wartawan saya  telah berpeluang lebih dahulu mengenali haiwan dan syaitan dalam politik sebelum menyertai politik.

Kewartawanan mendedahkan saya lebih awal  di sebalik keterampilan seseorang yang gagah dan dianggap bersih. Maka itu saya menjadi sinis disebalik pengagungan manusia kepada seseorang pemimpin termasuk pemimpin agama.

Bagi Shahnon semasa dalam harakah PASlah beliau banyak menangis dari ketawa, banyak berdukalara dari senyum gembira kerana langsung bersimpati dan kasihan belas terhadap insan-insan yang merupakan para pemimpin politik yang terlibat dalam berbagai kemaksiatan dan kemungkaran. Realiti ini juga menyebabkan beliau sakit.

" Sewaktu dalam harakah ini jugalah aku dapat membezakan antara kepimpinan yang sejati dengan pemimpin yang palsu( Halaman 7 Perjalanan Ku Sejauh ini)


Shahnon(berbaju hitam) yang menjadi 
pengiring ke upacara akad nikah saya 
pada April 1965


Wednesday, 17 May 2017

PERANG PERKASA TERHADAP PARTI2 KOMPONEN BARISAN NASIONAL




Perkasa lancar perang MCA pula
Presiden Perkasa Ibrahim Ali mengutuk MCA sekeras-kerasnya berhubung rancangan kerjasama dengan Parti Komunis Cina. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2017
.

KUTUK KERJASAMA MCA  DENGAN 

PARTI KOMUNIS CHINA
DUA hari selepas mengisytiharkan perang terhadap MIC, Perkasa kini 

mengalih perhatian mereka kepada satu lagi parti komponen Barisan 

Nasional (BN), iaitu MCA.
Presiden kumpulan pendesak Melayu itu, Ibrahim Ali hari ini mengutuk MCA sekeras-kerasnya berhubung rancangan mereka bekerjasama dengan Parti Komunis Cina (CCP).
“Kami terkejut mendengar MCA akan mengadakan kerjasama strategik dengan CCP.
“Kami mengutuk keputusan kerana ia membahayakan negara,” kata bekas ahli Parlimen itu pada sidang media petang ini.
Ibrahim berkata demikian ketika mengulas laporan MCA dan CPC yang bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang pendidikan dan budaya, termasuk pertukaran penemuan penyelidikan.
“Kami faham Malaysia ada hubungan dengan kerajaan China dan banyak pelaburan mereka di sini.
“Malah jika China ada ekonomi pasaran terbukan pun, kepercayaan mereka masih ikut ideologi komunis,” katanya.
Ibrahim berkata beliau bimbang ideologi komunisme akan merebak ke negara ini.
“Mereka mahu ada kerjasama dalam sektor pendidikan dan lain-lain. Apa jadi jika ideologi komunis terserap dalam kurikulum?
“Ini mungkin akan melahirkan golongan berideologi komunis,” katanya.
Ibrahim juga mempersoalkan agenda MCA dan mendesak presiden Liow Tiong Lai melihat masyarakat Islam di sini.
“Apa agenda MCA? Kerana tidak boleh berdiri sendiri? Hanya kerana mereka kalah kepada DAP, mereka hendak ambil langkah ekstrem bekerjasama dengan parti komunis. Saya percaya MCA akan jadi lebih teruk daripada DAP,” katanya.
Katanya, langkah MCA itu akan menjadi pemula kerana MIC juga mungkin mahu bekerjasama dengan Tamil Tigers Sri Lanka.
Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat kepada polis, Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Keselamatan Negara, minggu depan.
“Saya mahu kerajaan jelaskan pendirian mereka terhadap kerjasama MCA dengan CPC kerana ini perkara yang membabitkan keselamatan negara,” katanya.
Perkasa sebelum ini melancarkan perang terhadap MIC dengan mengarahkan ahlinya berkempen menentang parti India itu, bermula dengan kerusi Parlimen Segamat yang dipegang Presiden MIC Dr S. Subramaniam dan kerusi popular MIC yang lain seperti Cameron Highlands. – 17 Mei, 2017. FROM THE MALAYSIAN INSIGHT

Sunday, 14 May 2017

PERBEZAAN ANTARA PM TAK POPULAR :NAJIB DAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Komen:
THE COUNTRY CERTAINLY NEEDS A BETTER LEADER
You are right, Zam. 
Malays and non-Malays alike have no faith in Najib anymore. This has nothing to do with anti-Malay sentiment. This has nothing to do with DAP either. The non-Malays want a stable country and they would for sure want a capable Malay leader to lead. The non-Malays are not that ambitious to take over as prime minister of this country but they want to see some semblance of quality and integrity in a premier and they wish the country had a better Malay leader. A leader who keeps on telling lies after lies cannot be a good leader. 
I agree with you that the Opposition now has capable leaders among them and Azmin Ali, the chief minister of Selangor, can be a good choice. He has proven himself in Selangor. Rafizi is another prodigy that can be elevated to hold the post. Khairy has a lot more to do to gain confidence of the people. So sad that Najib has tarnished the image of Umno badly and this has made the people lose confidence in the party and its other leaders within, including Zahid or Hisham. The country certainly needs a better leader.(Sila baca komen sepenuhnya di bawah)
Bapa kemerdekaan Malaya dan Malaysia  Tunku Abdul Rahman Putra berakhir pemerintahannya dalam keadaan yang tidak popular di kalangan Melayu  kerana sikap tolak ansur dan pro Cina tetapi ketika itu rakyat melihat masa depan yang lebih terjamin di tangan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Mereka melihat ramai pemimpin UMNO yang lebih meyakinkan dan lebih berkaliber tanpa  pernah hilang kepercayaan pada UMNO.

Orang Melayu melihat masa depan mereka di tangan Tun Abdul Razak, Dr. Ismail, Hussein Onn dan Mahathir Mohammad. UMNO tidak kemiskinan pemimpin berwibawa dan berkaliber besar malah ada ramai  pemimpin yang lebih berupaya dari Tunku.

Tetapi  sekarang siapakah dalam UMNO yang dilihat  lebih baik dari  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sudah kehilangan keyakinan rakyat bukan sahaja di kalangan Melayu tetapi juga bukan Melayu.

Di kalangan ahli UMNO mungkin mereka yakin kepada beberapa orang dan tentunya Dr. Zahid Hamidi mengatasi populariti  Hishamuddin Onn.

Di kalangan rakyat umum Melayu dan bukan Melayu mereka melihat potensi Perdana Menteri  berada di luar UMNO. Mereka terdiri dari Azmin Ali,Mohd Rafizi Ramli, Mukhriz Tun Mahathir dan tidak menolak kemungkinan Khairy Jamaluddin sekiranya ia melompat keluar  bila  UMNO di gulingkan dalam pilihanraya 14 kelak.

Thursday, 11 May 2017

MAHATHIR " LEBIH MUDA" DARI NAJIB MELAYAKANNYA JADI PM KALI KEDUA


TIDAK MUSTAHIL
KOMEN:
Tan Sri,

"Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri."
Walaupun usaha ini agak payah sikit, Pakatan Harapan harus 'Crossing the Rubicon' dengan menamakan Tun sebagai pilihan Perdana Menteri baru.

 Tidak ada cara lain. Either we do it, or we don't...which means, if we don't, we all can go home and cook rice.
Dan hanya Tun saja yang dapat meyakinkan rakyat bahawa Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru menggantikan beliau setelah Anwar dapat pengampunan diraja.

Proses ini membolehkan pembentukan Unity Government yang baru dengan party2 dari East Malaysia.

Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai dua bentuk party nasional yang besar untuk menerajui kerajaan macam di Amerika, UK dan negara2 maju.

Mungkin ini la peluang terakhir untuk kita menikmati kerajaan yang lebih bersih.
BN bukan nya hancur, tetapi hanya jadi pembangkang demi untuk memperbaiki kelemahan sendiri kalau mau terus releven dalam arena politik Malaysia yang baru.
 Ambil la peluang keemasan ini supaya politik Melayu akan lagi dinamik untuk kesinambungan sebuah negara yang dipanggil "Malaysia."( Baca sepenuh dalam komen)


SUBHAT DENGAN PAS,UMNO JADI RACIS

Apabila berlaku penggabungan  pemimpin-pemimpin extremist agama,perkauman dan  kiri dalam  PKR  berikutan  dengan penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO, saya melihat ini sebagai suatu kejayaan penyerapan evolusi sosial yang dipelopori oleh dasar politik  UMNO.

Perikatan  memasarkan  modul dan  konsep kerjasama antara kaum dan agama sebagai  asas kemerdekaan untuk menjamin  kestabilan, keharmonian, kedamaian, dan kemakmuran negara.

Penggabungan parti-parti politik yang berlainan ideologi itu berlaku secara licin tanpa dirancang atau dipaksakan oleh Perikatan kepada pihak lain tetapi kejayaannya menumbangkan komunisme dan mengatasi berbagai cabaran  krisis politik dalaman dan luaran  semakin menekan lawan-lawannya untuk membuat berbagai penyesuaian politik.

Mereka  melihat kekuatan  ini dalam  kejayaan dasar -dasar  keselamatan negara, ekonomi dan  kemajuan yang pesat dalam semua bidang pembangunan negara yang semakin memantapkan kemerdekaan negara atas sokongan rakyat.

Cabaran 13 Mei menyebabkan kerjasama politik Perikatan itu menjadi lebih luas dengan merangkum lebih banyak parti di bawah  Barisan Nasional atas inisiatif Tun Abdul Razak atau UMNO.

Semakin pesat kemajuan negara semakin tidak relevan parti -parti pembangkang yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bertahan atas identiti asal, Pas bertukar dari nasionalis Melayu kepada parti ulama dan DAP  kepada ultra chauvanist yang semakin menjauhkan mereka dari arus perdana sebaliknya bergantung kekuatan kepada politik pengasingan.

 Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO ,beliau  membawa bersamanya formula perpaduan politik BN yang  segera disambut hangat  oleh parti-parti pembangkang yang melihat potensi kekuatan latar belakangnya  sebagai saduran  anasir radikalisme  dan kesederhanaan UMNO.

Penyertaan pengikut-pengikutnya dari UMNO menyebabkan beliau diyakini boleh menumbangkan UMNO dan membawa  pembangkang kearah kuasa.

Ini berlaku sebagai political accident dan bukannya by design yang boleh dilihat sebagai kejayaan  revolusi sosial dari penerapan nilai-nilai politik UMNO dari sejak sebelum merdeka


PAS  dan DAP yang  terpukau  dengan kepetahan,kelicikan dan daya politik Anwar telah sanggup   membenamkan prinsip parti masing-masing demi ke Putrajaya.

Tidaklah diduga bahawa PAS yang pernah mengkafirkan UMNO boleh bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya dengan menerima  "Petunjuk dan hidayah"  Anwar Ibrahim.

 Anwar bertindak sebagai moderator untuk intraksi dan dialog antara pelampau  agama dan perkauman.

Inilah formula kerjasama yang berjaya  antara MCA  MIC dan UMNO dengan Tunku sebagai moderatornya bagi mencapai cita-cita politik sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Meminjam kata-kata seorang ahli akademik dan penulis terkenal Professor Dr.Ahmad Atory  Hussain "Pas berjaya melembutkan DAP dengan tazkirahnya " dan kepada saya a DAP berjaya memurtadkan PAS untuk menerima beberapa proses pengurusan petandbiran negeri berasaskan keperluan "Kafir" umpamanya penerusan  penjualan arak, kelab malam, rumah urut dan sebagainya di Selangor.

PAS juga menolak hasrat ahlinya mahukan panggung wayang berasingan antara lelaki dan perempuan di Selangor. Sesudah bekerjasama dengan kafir maka barulah PAS mengetahui tanah tinggi rendah untuknya beribadat.

Dasar ultra perkauman DAP telah dicairkan menerusi kerjasama politiknya dengan  PAS dan Pas pula terpaksa bertolak ansur dalam  dasar kerasnya  untuk diterima oleh orang Cina.

Apa yang berlaku ialah revolusi sosial yang baik untuk masa depan rakyat Malaysia ,meningkatkan lagi dasar muhibbah antara kaum dan menguatkan dasar yang diinisiatifkan oleh Perikatan (UMNO,MCA dan MIC) .


Bagaimanapun amatlah menyedihkan pencapaian  revolusi sosial ini hasil buah tangan UMNO sendiri   akhirnya melihat UMNO  mundur kebelakang kerana kelemahan kepimpinannya yang memaksanya  mengadakan perkongsian dengan parti perkauman agama dan politik dan menerima pendekatan extreme  PAS(Akta 355) yang menyebabkan UMNO di lihat sebagai rasis oleh bukan Melayu.

Kerjasama UMNO dan PAS adalah suatu kemunduran politik sederhana UMNO yang menyimpang jauh dari dasar asal yang dipelupuri oleh Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Ismail.Maka itulah ramai veteran UMNO tidak lagi melihat UMNO relevant dengan mereka.

Tun Mahathir sebagai oportunis politik (meminjam pengucapan Professor Ahmad Atory) telah mengambil kesempatan diatas situasai ini dengan menubuhkan parti baru untuk bersama dengan DAP yang telah menggantikan MCA mewakili majoriti orang Cina dan juga parti-parti pembangkang lainnya.

Mahathir mengambil langkah yang sama dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila dipecat dari UMNO  untuk membenamkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib.

Ini juga berlaku by accident dan bukan by design.

Majority rakyat masih boleh menerima Tun  Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua kerana walaupun usianya lebih tua dari Najib tetapi fikirannya lebih segar,dinamik dan sezaman  dengan harapan generasi baru  yang menyebabkan rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan.

Setakat ini Mahathir  telah berjaya  melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu dengan DAP dan juga memulihkan  silatulrahim  dengan Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara kerananya.

Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua  atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Tuesday, 9 May 2017

SEMPENA ULANGTAHUN 71 BERSIAPLAH UMNO HADAPI TSUNAMI RAKYAT

TIDAK BERLAKU DI BAWAH ERA LIMA PM 

UMNO merayakan ulangtahunnya  yang ke 71 Khamis ini, tidak sahaja dalam kehilangan keyakinan rakyat  kepada  pemimpin tertingginya tetapi juga diatas keruntuhan keyakinan rakyat kepada UMNO sendiri  ke taraf yang sangat parah.

Kehilangan keyakinan orang Melayu pernah berlaku terhadap pucuk pimpinan UMNO tetapi tidak kepada UMNO maka itu bila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman maka UMNO pulih dan kekuatannya bertambah.

Dalam perayaan kali ini  seluruh ahli UMNO wajib berada dalam kesedaran bahawa UMNO akan ditimpa Tsunami Rakyat pada Pilihanraya ke 14 kerana mereka tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh ahli UMNO terdahulu untuk menyelamatkan UMNO.

Kehilangan keyakinan seumpama ini  tidak pernah berlaku dari sejak era lima Perdana Menteri yang lalu; Tunku Abdul Rahman, Tun  Abdul Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Hakisan keyakinan ini mulai  berlaku tidak lama selepas Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri kerana hendak  melakukan  experiment Demokrasi Barat yang tidak secara langsung memberikan implikasi Tun Mahathir adalah authoritarian. Beliau menjanjikan kebebasan yang lebih luas.

Beliau memberikan tamparan yang hebat kepada Mahathir dengan membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim termasuk Ketua Hakim  Salleh Abas yang dipecat dalam masa krisis kehakiman pada 1988.

Demokrasi Barat Ini cuba disuburkan lagi oleh  Najib Abdul Razak yang meggantikan Abdullah bila beliau menjanjikan penghapusan ISA yang belum pun dihapuskan telah menerima berbagai cabaran dari pembangkang yang dahagakan demokrasi.Ia digantikan dengan SOSMA yang dianggap oleh pembangkang sebagai lebih menekan dari ISA.

SOSMA memperuntukan langkah-langkah khas berhubung dengan kesalahan keselamatan.

Flip flop dalam  dasar-dasar asas negara  yang menyentuh Perlembagan telah berlaku . Terkini ialah membenarkan PAS membawa usul  pindaan Akta 355 berhubung dengan Jenayah Syariah yang bertentangan dengan semangat liberal dan keharmonian UMNO  sehingga  menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam. Rakyat melihat ini lebih kepada kepentingan survival UMNO dan Najib, bukannya kepentingan negara.

Najib demoralisekan dirinya sendiri bila sebaik sahaja Tsunami berlaku dalam pilihanraya 2013 yang dipimpinnya,  beliau mengecapnya  sebagai Tsunami China bila kehilangan majoriti tetapi  bantahan dari orang Cina menyebabkan dia tidak lagi berani  mengulangi ungkapan ini.

 Dalam keadaan desperate untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Najib  sanggup bertolak ansur dengan Pas yang pernah mengkafirkan UMNO tetapi Pas  bukanlah sebuah parti yang naive yang tidak dapat menciumi bahawa nama Najib berada ditaraf yang paling rendah di kalangan rakyat seluruh negara. Ia tidak sehebat  ketawanya.

Apa pun janji-janji manis Pas  untuk kerjasama dengan UMNO tetapi  bukanlah diluar kemungkinan ia  akan menikam dari belakang bila sampai masanya.

Apa yang boleh dijangkakan oleh UMNO dalam merayakan ulangtahun UMNO yang  ke 71 ialah Tsunami yang akan berlaku ke atas UMNO sebagai hukuman ke atas dasar flip flopnya, kehilangan sensitivitinya  terhadap rakyat, penyalahgunaan harta negara, pembaziran wang negara dan kepura- puraan  yang melampau.

UMNO janganlah menyangka bahawa disebalik ketawa lebar Najib, disebalik ucapannya berapi-rapi, disebalik pengumuman berbagai projek berbillion ringgit dan disebalik pengumuman demi pengumuman pengaliran modal asing ke negara ini, semua telah sihat atau Najib telah kembali diyakini. Keadaan di akar umbi masih amat parah.

Lebih baik UMNO mimpikan Tsunami Rakyat dari Ilusi Wang Raja Segala Raja. Maka itu UMNO akan lebih waspada di ulangtahun ke 71 ini.









Saturday, 6 May 2017

TIADA PUTRAJAYA TANPA MAHATHIR,TIADA 1MDB TANPA NAJIB

RAKYAT LEBIH INGAT ERA MEWAH DAN BEMERTABAT

Saya tweet hari ini:
Tak ada Putrajaya tanpa Mahathir
Tak ada Jambatan Pulau Pinang tanpa Mahathir,
Tak hidup Langkawi Tanpa Mahathir
Tak ada Proton Saga tanpa  Mahathir
Tak ada F1 tanpa Mahathir dan 
Tak ada 1MDB tanpa Najib.

Tambahan: Tak ada PM Najib tanpa Mahathir - komen Rusty Blade

Herannya semua fakta  ini membangkitkan  kemarahan di kalangan penyokong-penyokong Najib seolah-olah 1MDB itu suatu kesalahan.

Bacalah apa kata mereka:

The Auditor:
Segala bencana perbuatan Madey(Mahathir) kini dipikul bebannya oleh kerajaan dan rakyat.Mamak Madey Kutty hanya kayakan kroni

Auditor: 
Tanpa Mahathir juga tiada zamkata. Bila ini berlaku,rahmat sekalian alam tanpa pembohongan kesat.

People Voice:
Tak ada Madey,tak ada kerugian Bank Negara,BMF,Bank Bumiputra bangkrap,bayaran kepada IPP,ERL hutang ke anak cucu. Zam yang tah apa apa.

Alan:
Sekurang-kurangnya projek Tun M nampak juga hasilnya tapi projek Najib cuma nampak HUTANG ja- tu pon lembu-lembu sokong macam babi gila

Norazniza abd karim:
Betul tu.Kalo tak ada semua tu tak ada Najib tanggung hutang berbillion untuk dilangsaikan. Dan juga jangan lupa tol kena bayar sampai sekarang.

Zaim:
KLIA2,MRT,LRT extend,Pan Borneo,Kedai rakyat 1 Malaysia,Jambatan Kedua Penang,Menara Warisan siapa buat?

Sebenarnya rakyat tidak hiraukan apa  juga pembongkaran terhadap kesilapan Mahathir di masa lalu  kerana sekarang mereka berhadapan dengan berbagai kesulitan yang mengingatkan  mereka tentang  era Mahathir lebih baik; mewah, senang, rakyat bemertabat  dan negara berdaulat



Thursday, 4 May 2017

KEMAJUAN TEKNOLOGI TAK PERLUKAN LAGI PERJUANGAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU


Sebagai budayawan tulen, Tan Sri Rais Yatim telah menjuarai penentangan terhadap Bahasa Rojak walau di mana kementerian beliau berada dan beliau sendiri adalah identiti keperkasaan budaya terutama  dalam penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang sempurna dan indah.

Memanglah layak  beliau menjadi Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan tetapi barangkali beliau tidak sedar berada dalam masa yang sudah tidak sesuai lagi dengan perjuangannya.

Apabila saya menjadi Menteri Penerangan saya cuba membantunya untuk menghapuskan bahasa rojak. Saya mengharapkan tindakan berkesan dengan membentuk Jawatankuasa Bersama Antara RTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memantau dan mengumpul secara rambang kesilapan ini yang sering dilakukan dalam drama TV di semua stesen dan kemudian didedahkan seminggu sekali di akhbar dan  RTM sendiri.

Dengan itu orang ramai akan dapat mengenali stesen manakah yang paling kehadapan dalam merosakkan bahasa  atau melalaikan tanggungjawab terhadap kemurnian bahasa ibunda.

Oleh kerana tidak ada penumpuan serius dari mereka yang dipertanggungjawabkan dari Dewan Bahasa  maka saya tidaklah lagi memberikan perhatian berat kerana menerima realiti orang yang pandai berbahasa  tidak semestinya pandai bekerja.

Disamping itu saya menerima hakikat bahawa kesempurnaan dan ketidakrojakan bahasa tidak lagi diperlukan dalam kepantasan teknologi terutama bagi bidang komunikasi.

Penerapan bahasa Inggeris dalam semua aspek tidak  lagi dapat dipertahankan dan tidak lagi dapat di kejar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak mempunyai sense of urgency sesuai dengan kehendak semasa.

Dewan Bahasa sebagai institusi  Melayu masih dalam sistem kerja budaya Melayu ketika   menghadapi cabaran kepantasan budaya dunia. Jika seorang wartawan dapat menterjemahkan sesebuah novel atau buku  dalam masa sebulan, Dewan Bahasa  mungkin mengambil masa dua tiga tahun.

Tan Sri Johan Jaafar  bekas  Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang  pernah berada dalam dunia kewartawanan dapat merasakan  perbezaan sikap kerja dalam dunia kewartawanan yang senantiasa memerlukan kepantasan dengan budaya kerja relax Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka  yang sukar untuk diubah.

Saya menimbulkan isu bahasa rojak ini  dan pendekatan sikap budaya Melayu berikutan dengan kegagalan Kongres Budaya 2017 untuk mengenali anasir-anasir  budaya dinamik yang diperlukan Melayu dan budaya yang perlu  dihapuskan sebaliknya lebih menumpukan kepada mahu menghidupkan  budaya Melayu  yang tidak lagi sezaman.

Berikutan dengan kongres itu juga, Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah menegur stesen TV dan penerbit yang membenarkan penggunaan bahasa rojak pada tajuk cerita drama  dan filem dan disamping  berlaku  keliaran  dalam dialog drama TV yang sering bercampur Inggeris dan Melayu.

Pengarah dan penerbit filem tersohor Yusof Haslam mempertahankan ini sebagai suatu penerimaan masyarakat sekarang kerana tidak sahaja berlaku  di kalangan penerbit filem tetapi juga dalam kepimpinan negara seperti mesyuarat dan urusan-urusan kerajaan lainnya.

Mungkin hal ini boleh dilihat sebagai suatu kewajaran kerana Indonesia sendiri yang selama ini menjadi kiblat contoh  kedaulatan Bahasa Ibunda kepada kita  tetapi sekarang juga sudah tidak lagi dapat mengawal penerapan bahasa Inggeris  sehingga  lirik lagu-lagunya juga telah dirojakkan.

Bagaimana pula dengan kerojakan  bahasa SMS, Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain. Adakah boleh dikawal?

Semua bangsa telah kehilangan identiti budaya dan dikuasai oleh budaya teknologi. Maka itu saya memandang sinis terhadap Kongres Budaya 2017 baru-baru  ini dan menganggapnya sebagai membuang masa dan wang kerana gagal mengenali apakah budaya yang diperlukan oleh generasi baru Melayu.

Kehadiran lebih tiga ribu orang di kongres itu sebenarnya hanyalah  suatu kejayaan mengumpul sejumlah besar manusia yang tidak disertai oleh fahaman, semangat, dokongan, iltizam dan penghayatan terhadap matlamatnya kerana mereka sendiri hidup dalam suasana atau realiti yang berlainan dari apa yang mahu diperjuangkan oleh kongres itu.

Saya suka mengulangi apa yang telah saya katakan: Kongres Budaya 2017 tidak lebih dari suatu himpunan penonton  menyaksikan ulang  tayang filem lama untk bernostalgia dengan mimpi yang tak sudah.

Tan Sari Rais Yatim mungkin marah dengan konklusi  saya ini tetapi marilah kita bersama melihat dan perhitungkan  apakah pencapaian dari resolusi Kongres Budaya 17 dalam setahun dua ini.

Tuesday, 2 May 2017

SKH TAHFIZ: PANDANGAN MENONGKAH ARUS DATANGKAN HASIL POSITIF

ANAK  BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS

Provokasi saya supaya ditutup atau digantung sekolah-sekolah tahfiz berikutan dengan trajidi kematian seorang pelajar Tahfiz dikatakan kerana penderaan telah menghasilkan pandangan yang bernas,konstruktif  dan  berfaedah kepada kerajaan untuk mengawal  pertumbuhannya secara liar sebagai punca kewangan yang besar disamping membetulkan kepincangan pengurusan sekolah-sekolah itu .

Beberapa aspek negatif juga terdedah di atas sikap orang-orang agama yang mahu memejamkan mata kerana penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh" orang kita" ,umpamanya sikap Pengerusi Jabatan Agama Johor Abdul Manaf Abdul Rahman berasaskan kenyataaannya dan juga pengetua madrasah terlibat yang  mahu membersihkan diri ketika polis masih menjalankan siasatan.

Semua Ini dapat dilihat dari sekian banyak komen reaksi terhadap tulisan saya itu. Antaranya dari Yaacob dan beberapa komen terpileh yang saya anggap rasional,akademik dan berkualiti  disiarkan di bawah ini untuk perhatian Kementerian Pelajaran dan pihak yang beminat untuk membina kemajuan Islam yang dinamik,progresif dan moden di negara ini.  

Ini adalah suatu provokasi dari Zam yang tentunya telah mengumpul maklumat sekian lama mengenai sekolah-sekolah tahfiz di negara ini dan juga sikap negatif jabatan-jabatan agama.Apakah reaksi jabatan ini setakat ini. Mereka hanya diam membisu diatas dosa mereka.

Salam tan sri.
Satu pandangan menongkah arus dari tan sri.
1. Pendidikan yang berasaskan agama adalah oder baru bagi bangsa melayu dan umat islam malaysia.
2. Ibubapa yang menghantar anak mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada ibubapa yang tiada pendidikan dan harta. Ada juga ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berharta.
3. Pendidikan dalam agama bukanlah menjanjikan pekerjaan yang bergaji lumayan. Tetapi ibubapa lebih mengharapkan "celik" agama.
4 kemajuan yang dikecapi oleh negara tidak membimbangkan lagi ibubapa tentang masa depan anak mereka walaupun berpendidikan agama kerana macam-macam kerja halal yang boleh dibuat selepas tamat belajar. Walaupun lebih pada kerja sendiri tanpa makan gaji.
5 peningkatan gejala sosial yang mendorong ibubapa menghantar anak mereka belajar agama. Kerana anak yang soleh dapat membantu mereka dialam bazah. Serta rasa tanggungjawap dalam diri ibubapa.
6. Atas peningkatan permintaan ini, ramai yang menceburi bidang ini dengan menubuhkan tahfiz. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
7. Sekolah agama kerajaan terhad dan perlu mendapat kelayakan tertentu untuk masuk yang tidak dimiliki oleh pelajar ini.
8 sikap orang melayu islam yang amat bermurah hati melakukan amal jariah menjadi pendorong kearah penubuhan tahfiz yang mendatangkan pulangan yang lumayan. Lihat saja di pintu masuk bank, terdapat tong derma untuk tahfiz. Begitu juga yang berjalan kaki berbatu-batu dari pintu ke pintu untuk kutip derma. Pembahagian hasil derma yang tinggi kepada pengutip derma juga merupakan punca lambakan tahfiz.
9 Adalah sesuatu yang amat sensitif untuk kerajaan mengambil tindakan atau kekangan dengan peraturan yang ketat apatah lagi kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sikap diam kerajaan ini adalah satu kelemahan dalam membangunkan kekuatan dan kemajuan anak bangsa.
10 kejadian yang berlaku dijohor memang kes yang terpencil. Tetapi sesuatu tindakan perlu diambil supaya dapat mencegah dari berulang.
11. Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan "tertutup dari dunia luar" akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara negatif bila mereka dah dewasa.
ReplyDelete


Semua pihak perlu ambil iktibar dari kisah ini. Penutupan semua sekolah tahfiz secara terburu2 akan menimbulkan lagi banyak masaalah. Sesetengah sekolah tahfiz ni merangkap rumah kebajikan - ramai ibubapa yg tak mampu tinggalkan anak disana kerana sekolah tahfiz kebanyakannya hidup atas sedekah masyarakat.

Apa yg perlu adalah mesti ada syarat2 wajib sebelum sekolah tahfiz dibenarkan wujud. Nak meniaga warung pun ada undang2 & syarat, tak kanlah nak jaga anak org semudah nak bela ayam itik? Pertama, bangunan tempat tinggal kanak2 ini mesti diluluskan oleh bomba; kedua, pengetua mestilah org yg berkelayakan. Pihak majlis agama mesti ubah fokus - sentiasa buat spot check dan sama2 berusaha meningkatkan taraf & kualiti sekolah tahfiz.

Ibubapa juga perlu berubah. Bukan tugas anak2 untuk memenuhi impian anda yg tak kesampaian; anak2 juga bukan tiket untuk anda masuk syurga secara ekspress. Ibubapa perlu ikhlas, tugas ibubapa adalah menolong anak2 untuk memenuhi potensi mereka sebagai manusia yg berguna.
ReplyDelete



"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". tindakan drastik menutup semua sekolah tahfiz persendirian bukanlah satu langkah yg bijak. sebaliknya, pemantauan yg lebih khusus dan tindakan pantas pihak2 yg berwajib mestilah dijadikan agenda utama.
langkah2 yg mesti diutamakan boleh disenaraikan seperti berikut:
1) surat permohonan rasmi dr pihak yg ingin membuka sekolah tahfiz kpd kementerian yg berwajib.
2) testimoni, kelayakan, latar belakang barisan2 tenaga pengajar termasuk pengetua dan pekerja2 am sekolah.
3) lokasi, struktur, pengawasan dan keselamatan sekolah.
4) kedudukan kewangan pihak pengurusan sekolah.
5) urusan2 yuran, perbelanjaan dan kos setiap pelajar sepanjang pengajian.

mungkin banyak lagi kriteria2 yg tidak boleh dipandang ringan oleh pihak2 yg berwajib yg mesti diteliti dan dipertimbangkan. memandangkan ghairahnya masyarakat Islam dewasa ini yg berlumba2 menghantar anak2 mempelajari dan mendalami Islam, jgnlah ada pihak2 yg mengambil kesempatan menjadikan ugama sbg ruang atau platform utk mengaut keuntungan.


Wednesday, 26 April 2017

TUTUP SEMUA SEKOLAH TAHFIZ PERSENDIRIAN SERTA MERTA

PENGETUA MADRASAH MESTI DITANGKAP
KOMEN:
Saya sangat-sangat setuju dengan pandangan Tan Sri Zam.
Terima Kasih kerana berani mengutarakan pendapat sedemikian... walaupun kelat tetapi amat bemakna demi menjaga imej, menjamin kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.

Yang pasti... Tan Sri akan menerima kecaman hebat dari kalangan jumud pemikiran, mereka yang menggunakan Agama sebagai 'punca keWANGan besar' dan mereka yang memperkudakan Agama untuk mengaburi salahlaku moral atau kriminal.
TUTUP SEMUA SEKOLAH....
Sekolah-Sekolah tahfiz  persendirian di seluruh negara hendaklah digantung atau ditutup dengan serta merta berikutan dengan kematian  seorang pelajar Tahfiz kerana dikatakan dipukul oleh seorang pembantu warden di sekolah persendirian  Madrasah Tahfiz Al Jauhar Kota Tinggi Johor.

Tidak memadai dengan kenyataan simpati dan takziah dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan  lain-lain atas kematian Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi 11 tahun sedangkan pada hakikatnya banyak sekolah tahfiz tumbuh secara liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin akan membawa tragedi yang lebih besar.

Tragedi ini menggemparkan seluruh negara tetapi tidak mengejutkan Jabatan-Jabatan Agama  yang telah membiarkan perkembangan ini tanpa kawalan kerana menimbang ini sebagai suatu usaha keugamaan yang sewajarnya disokong.

Apa yang berlaku di sekolah tahfiz selama ini tidak diberikan perhatian oleh jabatan-jabatan agama negeri kerana dipercayai mereka juga sefahaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abdul Mutalip Abd. Rahim  bahawa  amalan merotan di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini adalah pekara biasa kerana bertujuan untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.

Tragedi yang berlaku di Johor itu adalah satu kesempatan kepada kerajaan  untuk bertindak dengan pantas dan tegas untuk melihat semula secara dekat perkembangan sekolah-sekolah persendirian tahfiz atau pun yang dijalankan oleh pondok atau sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor itu menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan terhadap kebebasan istemewa yang diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz yang menggambarkan seolah-olah mereka terlepas dari undang-undang awam.

Katanya, pengurusan sekolah tahfiz perlu memiliki disiplin yang tinggi apatah lagi mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Tidak mungkin ini bukan  merupakan hanya fahaman pegawai agama di negeri Johor tetapi juga pegawai agama di lain-lain negeri.

Dalam kejadian yang berlaku di Johor itu tidak seharusnya warden sahaja yang ditahan tetapi pengetua sekolah persendirian tahfiz itu sudah sewajarnya turut ditahan untuk siasatan terutama mengenai sistem disiplin yang berjalan di sekolah itu yang tidak dipedulikan oleh Jawatan Kuasa Agama di Negeri Johor.

Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz yang tumbuh seperti cendawan sejak akhir-akhir ini lebih banyak membawa aspek negatif  kepada anak- anak Melayu Islam di negara ini. Ramai yang tidak lagi melalui pendidikan formal untuk jaminan masa depan mereka.

Perkembangan ini berlaku kerana fahaman agama yang sempit di kalangan ibu bapa. Mereka percaya dengan anak mereka menjadi hafiz maka mereka akan terlepas dari neraka terutama bagi ibu bapa yang melakukan dosa yang besar.

Kalangan swasta dengan kerjasama ustaz-ustaz yang tidak terpelajar, yang tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya selain dari hanya pelajaran agama atau hafiz, telah membuka sekolah-sekolah tahfiz  di seluruh negara kerana  menjadi punca kewangan yang besar.

Jabatan-jabatan agama di seluruh negara tidak mengambil berat atau memantau perkembangan ini dengan sewajarnya kerana sentimen agama. Dengan kejadian ini Jabatan-Jabatan agama tidak  boleh membasuh tangan atau menafikan tanggungjawab.

Walaupun ini merupakan suatu tragedi yang memalukan negara yang meletakkan kita setaraf dengan negara-negara Arab yang mundur, konservatif dan  masih mengamalkan sistem kuno tetapi telah mendedahkan  kepincangan dalam pengajaran tahfiz di negara ini yang memerlukan tindakan tegas dari pihak kerajaan.

Langkah pertama tutup dulu atau gantung semua sekolah-sekolah  Tahfiz persendirian atau yang dijalankan oleh swasta di seluruh negara.


Monday, 24 April 2017

PAS MAHU SATU LAWAN SATU DENGAN BN DI 80 KAWASAN

MENGGUNTING DALAM LIPATAN

Walapun pun lidah  rasmi  UMNO, Utusan Malaysia cuba menggambarkan kerjasama Pas UMNO untuk hadapi  Pilihanraya Parlimen ke 14 tetapi ini hanyalah indah kabar dari rupa.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta izin kepada Pakatan Harapan supaya membenarkan hanya Pas bertanding  di 80 kawasan Parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.

Hubungan Pas dan UMNO hanyalah   antara Presiden Najib dan Presiden Hadi tetapi tidak  diakar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk dan telah tiba masa yang ditunggu oleh Pas sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa UMNO. Penantian Pas untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir pada Pilihanraya ke 14.

Berasaskan kepada kajiannya,Pas sedar bahawa ia berada  pada kedudukan yang lebih kuat dari UMNO di seluruh negara dan pergantungan parti-parti lain juga kepadanya  kearah menggulingkan kerajaan BN.

Maka itu  Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas  meminta parti-parti pembangkang lainnya tidak melawan Pas  di 80 kawasan Parlimen yang berarti Pas mahu hanya ia diberi  peluang untuk satu lawan satu dengan BN. Pakatan Harapan bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.

Tuan Ibrahim  memberi amaran  jika Pas dicabar di 80 kawasan itu maka ia  akan lawan sekalipun PKR atau Amanah apatahlagi  DAP. Tetapi bagaimana jika Pas di cabar UMNO(BN)?

Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur kerana  dulu pun Pas tidak boleh menang di 80 kawasan tetapi harus diingatkan suasana politik sudah jauh  berbeza, kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.

Pas sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menguntungkan Pas dan  memburukan lagi kedudukan UMNO terutama  di kalangan rakyat di luar bandar kerana kesulitan hidup  yang mereka hadapi sekarang yang tidak dirasakan di zaman Mahathir.

Maka itu walaupun  Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan  dengan Pas tetapi Tuan Ibrahim  masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di pengerusikan oleh Mahathir malah dalam kenyataannya beliau berkata "kami menunggu kestabilan parti Bersatu dan pintu rundingan masih terbuka".

UMNO yang pada pandangan umum melukut diteping gantang kepada Pas lebih banyak mengalami kerugian politik dalam hubungan dengan Pas sekarang. Umpamanya kehilangan sokongan bukan Melayu kerana memenuhi kehendak Pas untuk pindaan Akta 355 dan membenarkan pendakwah India Zakir Naik campurtangan dalam masalah sosial dan agama di negara ini.

Disamping itu UMMO Kelantan menghadapi masaalah tidak boleh meyerang Pas kerana dasar tersembunyi hendak  berbaik2 dengan Pas sedangkan  Pas terus menyerang  kubu-kubu UMNO  di negeri itu.

Tidak nampak kejujuran dalam hubungan  Pas dengan UMNO sebaliknya apa yang berlaku ialah "Pas menggunting  dalam lipatan, pepat di luar rencong di dalam."



.

Thursday, 20 April 2017

LIM KIT SIANG HILANG KELAYAKAN MORAL UNTUK JADI PM


 KUAN YEW SURUH OTHMAN WOK "BUNGKUS" BILA KAHWIN DUA

Pertemuan terakhir dengan  Othman Wok(Allahyarham) di Singapura  dalam  tahun 2011 untuk menunjukan manuskrip buku Sejarah Utusan Melayu( 1938-2011)  Didepan Api di Belakang duri yang ditulis oleh saya .Bersama saya ialah Datuk Zaini Hassan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Rosle Azmi bekas Penulog Pengurus Jabatan Pengarang Utusan-Gambar Ihsan Mansor Putih.

Seorang Setiausaha Parlimen Singapura dipecat setelah diketahui mengunjungi rumah urut bersama rakan-rakan Utusan Melayu bila berkunjung ke Kuala Lumpur. Berasal dari Singapura beliau  pernah berkhidmat sebagai anggota jabatan pengarang Utusan di Kuala Lumpur bersama Othman Wok.

Perlantikannya  mungkin atas sokongan  Othman Wok yang menjadi menteri dalam kabinet Lee Kuan Yew(LKY)  pada tahun 1963.

Walaupun Othman Wok merupakan sahabat karib LKY tetapi kerana merahsiakan hal peribadinya berkahwin isteri kedua di Thailand dalam tahun 70 an, beliau telah dipanggil oleh  Perdana Menteri LKY setelah  mendapat aduan isteri pertamanya  Cik Dah Mohammad Nor dua tahun sesudah perkahwinan itu.

LKY meletakkan displin moral yang sangat  tinggi dan keras  kepada anggota-anggota kabinetnya, semua anggota  Parlimen Singapura dan juga pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tentera.

Kita telah membaca tentang  anggota parlimen kerajaan  dan pembangkang di Singapura yang telah dipecat atau terpaksa berundur kerana skandal  yang didedahkan.

Saya menimbulkan pekara ini untuk membandingkan antara DAP di bawah pimpinan  Lim Kiat Siang yang keras dan autoritarian  yang mahu meniru cara kepimpinan Lee Kuan Yew  untuk menegakkan sebuah kerajaan sosialis yang bersih dan bermoral terutama dari segi rasuah seperti kerajaan PAP di Singapura.

Tetapi sebelum pun berkuasa,pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang pada peringkat awalnya nampak mencengkam kuat partinya  tetapi akhirnya gagal untuk mendisiplin tidak sahaja pemimpin dan anggota parti tetapi juga anaknya sendiri yang sekarang terpalit sebagai seorang suspect.

Tidak cukup dengan masalah moral anaknya yang belum selesai  tetapi seorang anggota Parlimen DAP di Penang Zairil Mohd Khir Johari yang sudah mempunyai isteri dan anak dikatakan  mempunyai skandal dengan ratu  cantik DAP Dyana Sofya yang videonya menjadi tular di media sosial.

Berita terakhir mengatakan Zairil telah memberikan keterangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai hal peribadinya dan Dyana pula dalam penafiannya mengatakan privasinya  sudah diceroboh. Selebriti samaada artis,ahli politik,bintang bola sepak dan sebagainya adalah hak rakyat dan hal peribadi mereka adalah rahsia umum.

Layakkah Guan Eng mendengar kes ini sedangkan beliau sendiri  adalah suspect ?.

Zairil menafikan bahawa beliau adalah orang yang intim dengan Dyana  di video  yang menjadi viral itu.

Tetapi di Singapura, tidak ada anggota  yang berani berbohong kepada LKY atau kepada parti.

Othman Wok mendedahkan dalam buku biografinya Never In My Wildest Dreams perihal Perdana Menteri  Lee Kuan Yew telah memanggilnya  dan mengarahkannya "berambus" jika tidak boleh selesai masalahnya  berkahwin dua.

Mulanya  Rajaratnam Menteri Kanan memanggil Othman dan memberitahunya "kami mendapat tahu saudara telah berkahwin  isteri kedua sejak dua tahun lalu.Walaupun seseorang Islam boleh mempunyai empat isteri tetapi kami bimbang"

Othman kemudiannya menemui LKY  dan menyatakan "Saya tahu bahawa saudara telah pun dimaklumkan dan Lee terus bertanya berapa  umur isteri keduanya? Othman menjawab 29 tahun. 

Ketika itu Othman telah pun mengetahui perlantikannya sebagai Duta Singapura ke Indonesia dengan  jawatannya  sebagai Menteri Hal Ehwal Masyarakat tetap dikekalkan.

Menyedari kesilapannya, Othman bertanya pada Lee apakah   beliau masih di kehendaki untuk  pergi ke Indonesia sebagai duta.

Lee Kuan Yew memberitahunya " Go ahead,but if you can't solve your problems, pack up"

Di Malaysia berapa banyak skandal yang telah berlaku di bawah beberapa Perdana  Menteri yang diketahui umum tetapi dipejamkan mata, disembunyikan atau disapu di bawah tikar .

Kesenimbungan kerajaan Barisan Nasional pastinya tidak akan membawa apa-apa perubahan tetapi harus diingatkan skandal juga telah berlaku dalam Pas dengan pendedahan penglibatan pemimpinnya menerusi video yang disebarkan, tangkapan khalwat  dan sebagainya.

Dengan kepimpinan Kit Siang yang semakin lemah dalam kawalan disiplin parti, DAP  tidak  lagi boleh diharapkan untuk memimpin Pakatan Harapan apatahlagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Mahathir  tidak setegas  dan sekeras Lee Kuan Yew dalam sikap autoritariannya tetapi kejayaan Mahathir  membina negara bermaruah, adalah setanding dengan LKY. Maka itu untuk sementara waktu Mahathir terpaksa mengetuai Pakatan Harapan menuju ke Pilihanraya Umum sekalipun tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Catitan: Othman Wok bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan juga Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura telah meninggal dunia pada 18 April 2017.

    

Monday, 17 April 2017

OTHMAN WOK SELAMATKAN UTUSAN MELAYU KETIKA LEMAS

Perdana Menteri, Encik  Lee Hsien Loong (tengah) hadir bersama pembesar negara
dan rakyat Singapura memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham
Othman Wok di Masjid Sultan Singapura

Apapun anggapan orang terhadap Othman Wok bekas wartawan Utusan Melayu dan juga sahabat akrab Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew(LKY),tetapi kepada saya pemergian abadinya suatu kehilangan besar kerana Allhayarham adalah tauladan wartawan sejati kepada saya.

Othman Wok telah meninggal dunia hari ini di Singapura dalam usia 92 tahun.

Kepada sesetengah orang Melayu terutama di Malaysia beliau dianggap sebagai pengkhianat bangsa tetapi LKY telah menitiskan air mata kepada Othman dalam majlis meraikan usianya ke 75 tahun dalam menghargai  sumbangan dan sokongan Othman Wok kepadanya dalam tahun-tahun keruncingan di Malaysia dan dalam masa rusuhan kaum di Singapura.

Kata LKY " Because of the courage and leadership you showed,not a single PAP Malays leader wavered. That made a difference to Singapore"(  dalam buku Men In White- The untold Story of Singapore's Ruling Political Party halaman 285).


Pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Singapura
mengangkat jenazah Allaharyam Othman Wok untuk
di bawa ke  Masjid Sultan di Singapura
Disebalik gambaran Othman sebagai anti Melayu, ramai  yang tidak tahu bagaimana Othman Wok membantu UMNO khususnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Mohd Khir Johari dan Syed Jaafar Albar  untuk menyelamatkan Utusan Melayu bila menghadapi mogok seluruh kakitangan Utusan Melayu di Kuala Lumpur kerana pengambil alihan oleh UMNO dalam tahun 1961. Ketika itu Utusan Melayu dikuasai oleh nasionalis kiri pro Indonesia.


Mogok ini bukanlah mogok mempertahankan kebebasan akhbar tetapi mempertahankan penguasaan golongan penyokong Melayu Raya di dalam dan di luar Utusan.

Lee Kuan Yew  yang juga melihat bahaya ini di samping Tunku telah membawa bekas pekerja-pekerja bahagian kilang Utusan di Singapura  ke Kuala Lumpur untuk membantu pengeluaran semula Utusan Melayu setelah terhenti pengeluaran kerana pemogokan itu.

Kerajaan Singapura memberikan kawalan keselamatan kepada pekerja-pekerja itu yang datang dengan keretaapi kerana ada ancaman dari pemogok-pemogok  di Singapura.

Walaupun Othman  adalah kader PAP ketika menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu tetapi tidak sesiapapun yang menyedarinya kerana beliau memisahkan pendirian parti dari tugasnya dan tidak langsung menunjukkan sentimen pada PAP.Rahsia ini terbongkar hanya setelah beliau berhenti mengejut untuk bertanding dalam piliahanraya Singapura  pada tahun 1963 .

Othman menulis dalam buku Biographynya Never in My Wildest Dreams di muka 139" Being the newspaper man was the most exciting and interesting job I ever had.My 17 years of service  in Utusan Melayu were very satisfying  and if things had not turn out the way they did, I would have been a journalist till the day I died"

Othman Wok (Berbaju putih bertali leher) bersama
wartawan-wartawan Utusan di majlis perpisahan
untuknya kembali bertanding di Pilihanraya Singapura
1963. Zam di sebelah kanannya dan di kanan sekali
isterinyaCik Dah dan di belakangnya Tan Sri Khalid
Yunus
Saya mengenali Othman apabila saya ditukarkan ke Kuala Lumpur selepas mogok Utusan pada tahun 1961 dan saya sedar dia amat menyenangi saya dan bila saya ditukarkan kembali ke Alor Star, dia memanggil saya untuk membantu meliputi sidang Parlimen dan kemudian atas permintaan saya dia membawa saya kembali ke Kuala Lumpur.

Beliau menjadikan dirinya sebagai contoh seorang wartawan yang dedikasi, dengan sifat-sifat kewartawanan yang diperlukan, berpakaian lengkap dan kemas setiap hari, terkini dengan berita dan maklumat, pegaulan yang luas dan kontek yang banyak, tidak pernah kering dengan  tugas ekoran berita kepada pemberita selain tugas tetap yang dijadualkan. Datang kerja awal dan balik lewat.

Beliau berbangga  dengan pemberita yang menghasilkan berita exkslusif.

Othman mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan pekerja di semua bahagian; kilang, pengiklanan, pemasaran dan sering bergurau dengan mereka. Perpisahannya dari Utusan  menyebabkan ramai yang menitiskan air mata.

Beliau mencatitkan penilaian saya terhadapnya dengan memetik dari Utusan untuk bukunya NIMWD dimuka 138 "He moved  the entire staff under him with vigour,especially the reporters,to whom he set an example.. He led the News Desk actively and  never passively, full of planning,action,followup and initiative"

Saya terbentuk olehnya. Tauladan yang terbaik bagi saya dalam dunia kewartawanan yang rasa nilainya hingga kini.

Saya tidak pernah merasa sebagai ketua walaupun telah menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu sebaliknya saya kerja keras kerana saya mahu semua orang mewarisi  sifat-sifat kewartawanan  yang disemai oleh Yusuf Ishak,Samad Ismail,Otham Wok, Melan Abdullah dan Mazlan Nordin yang membangunkan Utusan Melayu yang miskin kepada keagungan bangsa.

Seperti juga Othman saya ingat mahu menjadi wartawan sehingga ke akhir hayat saya kerana di dunia ini saya tetap merasakan denyut hati nadi rakyat dan sentiasa sedar dari mana saya datang tetapi takdir  Allah telah menjadikan saya pada suatu masa sebagai seorang  Menteri tetapi  yang saya tidak pernah bangga dan seronok dengan jawatan ini sehingga saya bersara. Namun  saya tetap menjalankan tugas itu sebagai tanggungjawab.

Othman Wok tetap membuktikan dirinya sebagai wartawan walaupun telah menjadi Menteri di Singapura. Dalam lawatannya  ke India, dia telah mencari bekas pemandu Utusan Melayu bernama Rambali anak kepada Kedar Singh yang juga pernah bekerja dengan Utusan. Dia menulis surat meminta alamatnya dari saya  dan sekembalinya dari India dia telah menulis surat  menceritakan bagaimana dia diserang oleh belalang bila menuju ke Harapur India untuk melawat Kedar Singh sehingga terpaksa berlindung di sebuah kedai.

Saya masih menyimpan surat-surat Othman.

Othman bukan the last Mohicans of Utusan Melayu tetapi ada seorang lagi yang menjadi hiasan kulit buku saya "Di Depan Api di Belakang Duri" sejarah Utusan Melayu iaitu Encik Hussein Abdul Hamid yang sekarang tinggal di Kuala Lumpur. Beliau memulakan karier kewartawanan bersama -sama Othman.

Surat Othman Wok  pada Zam September 1967 yang meminta alamat Rambali di India.
PENYERAHAN BUKU SEJARAH UTUSAN KEPADA OTHMAN

Saya merasa puas hati kerana telah dapat menyerahkan buku Di Depan Api Di Belakang Duri iaitu sejarah 70 tahun Utusan Melayu (1938-2011) kepada Othman Wok dalam tahun 2013 kira-kira empat tahun yang lalu di pejabatnya di Beach Street Singapura.

Beliau sangat gembira menerima buku ini.Saya diiringi oleh Allahyarham  Munir Ghazali bekas Pengarang Mastika dan Rosle Azmi bekas Penolong Pengurus Jabatan Pengarang Utusan.

Othman Wok adalah perintis kepada cerita-cerita hantu di Mastika di tahun 50an. Mastika kembali popular dan meningkat hingga lebih 200 ribu naskah jualannya apabila menghidangkan  cerita-cerita hantu  di bawah kelolaan Munir.

Di Kuala Lumpur buku sejarah Utusan  itu telah di lancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2013 dan diikuti dengan pelancarannya di Singapura oleh isteri Presiden Singapura Pertama Allahyarham Yusuf Ishak

Buku ini banyak mencatitkan peranan Othman Wok bersama lain-lain  wartawan Utusan termasuk Samad Ismail.

Dalam gambar ini Othman Wok sedang membelek-belek buku sejarah Utusan yang diserahkan kepadanya dan di sebelah saya ialah Munir Ghazali.


Perjalanan terakhir Allahyarham Othman Wok
menuju ke permakaman



Sunday, 16 April 2017

PROF UNGKU AZIZ BUKAN NASIONALIS TAKSUB BAHASA


DI BAWAH INI ADALAH KOMEN ATAS POSTING "HIPOKRASI DALAM PEMBUDAYAAN MELAYU" YANG DISIAR TERDAHULU DAN JUGA DISERTAKAN JAWAPAN SAYA.


" Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri dari Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura."

Maaf, saya tak kenal nama2 yg disebut diatas tapi saya terpanggil untuk memberi komen. Apa bukti yang Prof Ungku Aziz termasuk dalam golongon nasionalis yg taksub bahasa melayu? Saya tak pernah terbaca atau dengar Ungku Aziz memberi saranan untuk melupakan bahasa inggeris. Cuma seingat saya Ungku Aziz lebih terbuka dan tidak taksub kepada bahasa inggeris. Beliau mengagumi etika dan cara kerja bangsa jepun dan lebih kepada 'pandang ketimur' dari barat.

Prof Ungku Aziz adalah pejuang bangsa yang tulin. beliau bukan hanya bercakap kosong akan tetapi memberi pandangan & cadangan yg praktikal untuk memajukan bangsa melayu walaupun dna beliau bukan melayu tulin.
ReplyDelete

zainudin maidin16 April 2017 at 13:24
Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan saudara dan saya adalah seorang yang mengikuti perjuangan Pak Ungku Aziz bekas Naib Chancelor UM dan isterinya Kak Azah dari awal lagi. Mereka adalah intelektual yang sangat saya hormati.Jika tidak silap saya Pak Ungku adalah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.

Dalam soal ini,saya hanya menjadikan Pak Ungku sebagai contoh tokoh elitis berpendidikan Inggeris yang anaknya Zeti  mencapai kejayaan tersuhur didunia kerana pendidikan menerusi bahasa Inggeris dan Pak Ungku bukanlah seorang fanatik bahasa dalam memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu.

Bagaimanapun perjuangan untuk kedaulatan Bahasa Melayu oleh fanatik bahasa yang terdiri dari mereka yang berpendidikan Inggeris telah sampai  keperingkat anak-anak Melayu memandang Bahasa Inggeris tidak penting dan mereka yang mahukan kedudukan Bahasa Inggeris di kekalkan sebagai bahasa kedua telah dimusuhi.Jika bercakap dalam bahasa Inggeris dihina.

Akhbar Utusan Melayu telah  di bakar oleh fanatik -fanatik bahasa yang berpendidikan Inggeris di Dewan Bahasa dan Pustaka  dan juga gambar PM Tunku Abdul Rahman kerana Utusan mahu mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Ingkatkah Sajak Tongkat Warant Keranda 67.

Jika bantahan mereka itu  diterima maka sekarang orang Melayu benar -benar berada dalam keranda kefantikan bahasa.

Tunku marah pada Syed Nasir kerana membiarkan Dewan Bahasa digunakan untuk bakar gambarnya dan Utusan Melayu. Tunku dengan sinis berkata" jika tak cukup gambar saya  di Dewan Bahasa ,pilah ambil di rumah saya. Banyak yang lagi cantik". Saya berada di Ipoh meliputi ucapan Tunku itu.

Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara yang adil dan penuh hormat terhadap Pak Ungku.
Delete

Saturday, 15 April 2017

HIPOKRASI DALAM PEMBUDAYAAN MELAYU



KONGRES 2017 KELUARLAH  DARI KEPOMPONG


Kita tidak harus hipokrasi dalam soal pembudayaan Bangsa Melayu dan hadapilah realiti masyarakat Malaysia dengan berani jika kita hendak memperkasakan  Melayu dengan nilai yang boleh menghadapi cabaran antarabangsa.

Pertama sekali kita harus akui bahawa sentimen ke Melayuan selepas merdeka telah dibangunkan oleh dua golongan Melayu  terpelajar  Inggeris iaitu suatu  golongan yang mengikut arus sentiment ke arah nasionalisme Melayu dan suatu  golongan lagi yang percaya kepada ketamadunan Melayu menerusi Bahasa Inggeris.

Kedua-dua  golongan adalah dari pendidikan Inggeris, kelas elitis, aristokratik  dan  juga bangsawan yang walaupun dari aliran yang sama tetapi tidak sama dalam pendekatan kearah membangun kekuatan bangsa.

Pertembungan berlaku antara dua golongan ini untuk mendapat sokongan orang Melayu terutama dari guru-guru Melayu yang menjadi tulang belakang perjuangan kemerdekaan,orang kampung disamping golongan ustaz atau pondok.

Dalam dunia politik, anak-anak Melayu  yang berpendidikan Inggeris terutama dari  UK  atau Australia  lebih  realisitik seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Dr.Ismail, Sardon Zubir, Mohd Khir Johari dan lain-lain.Mereka menjadi pengawal kepada sentiment Melayu  agak keberatan untuk gantikan  Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam semua bidang.

Walaupun Tun Razak sejalan dengan pemikiran Tunku Abdul Rahman tetapi beliau terpaksa mengambil kesempatan tunduk kepada sentimen Melayu dalam isu penubuhan UKM apabila Datuk Harun Idris  Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Menteri Besar Selangor lebih  ke hadapan dalam soal ini. Ini adalah kerana persaingan politik.

Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri  dari  Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura.

Tidak dapat dinafikan kekuatan  sentimen mereka telah  membantu melahirkan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti  Kebangsaan Malaysia(UKM) dan mempercepatkan jumlah peningkatan  anak-anak Melayu ke Unversiti -Universiti tetapi dalam pada itu sentimen ini juga  memakan  korban yang tidak sedeikit  dalam kemerosotan Bahasa Inggeris di negara ini  dan menyekat perkembangan dan kecepatan  kemajuan ilmu di kalangan anak-anak Melayu dari luar bandar kerana memerlukan terjemahan yang mengambil masa dan juga pengeluaran buku-buku teks dalam Bahasa Melayu.

Golongan elit Melayu yang berkualiti semakin pupus kerana nilai pelajaran menerusi Bahasa Melayu dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak Melayu dari kampung sedangkan anak-anak golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris yang memainkan sentimen Melayu, terus mendapat pendidikan berkualiti samada oleh suasana pendidikan di rumah atau menghanatr anak mereka ke luar  negara.

Mereka ini berbahasa Inggeris dengan anak-anak mereka di rumah disamping menjadi juar  bahasa Melayu di medan perjuangan.Kerana itu anak-anak mereka dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lancar dan tidak menderita perasaan rendah diri.

Anak-anak merekalah  yang menjadi kesenimbungan golongan elitis Melayu yang berkualiti dan mendapat  kedudukan yang utama dalam pemerintahan negara,dalam dunia koporat  dan di bidang  penswastaan dan juga politik.

Umpamanya Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Ungku Aziz  anak kepada Profesor Ungku Aziz, Syed Yusuf anak kepada Syed Nasir Ismail Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,Syed Hamid Albar anak kepada Syed Jaafar Albar dan ramai lagi anak-anak pegawai tinggi kerajaan yang berpendidikan Inggeris.

Buatlah kajian secara jujur golongan elit yang menguasai berbagai bidang professional dalam kerajaan atau di luar kerajaan sekarang. Kebanyakan mereka adalah dari keturunan bangsawan atau elit Melayu yang berpendidkan Inggeris.

Tidak ramai lagi intelektual  yang  bersifat universal  dalam kategori  kualiti sosial dan pemikiran yang setaraf dengan mereka yang berpendidikan di zaman British  seperti professor Kho Kai Kim, Profesor Ismail Hussein. Kassim Ahmad,Omar Hashim,Hassan haji Ahmad,Ahmad Mustaffa,Nik Safiah, Johan Jaafar dan lain-lain lagi. Walaupun  berpendidikan Inggeris tetapi  mereka mempunyai pengetahuan mendalam dalam Bahasa Melayu disamping penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Bahasa Inggeris memberikan kekuatan kepada  nilai-nilai Melayu dengan keterampilan  Melayu berkualti yang percaya kepada diri sendiri dan tidak menderita perasaan rendah diri.Lihat sahaja   Rais Yatim, Ungku Aziz,Tunku  Abdul Rahman, Tun Razak,, Tun Ismail, Tun Mahathir  dan lain lain lagi yang setanding dengan gulongan  para professional dan pemimpin  antarabangsa.

Kualiti untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia  pun masih dinilai dari segi  kecekapan penguasaan Bahasa Inggeris.Maka itu kelemahan Bahasa Inggeris Dr. Zahid Hamid di tonjolkan dan Hisammuddin Onn diberikan kelayakan  menjadi Perdana Menteri.

Rais Yatim juga dihormati dan dikagumi  kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang hebat seiring  dengan  Bahasa Malayunya yang sempurna dan indah walaupun beliau berpendidikan Inggeris.

Keupayaan Bahasa Inggeris yang membuka kepada pembacaan yang luas mencabar minda,mengimbangi cara berfikir dan membolehkan mereka menampilkan pemikiran dan keperibadian Melayu  dengan kewibawaan dan kekuatan sendiri  tetapi kelemahan anak-anak Melayu sekarang dalam hal ini membataskan pergaulan  kepada kelumpuk sendiri sahaja menyebabkan pemikiran sempit   sehingga  Arabisasi dianggap  sebagai  kekuatan Islam dan Melayu.

Harus di ingatkan bahawa akhbar  Utusan  Melayu sendiri adalah di lahirkan oleh anak Melayu  berpendidikan Inggeris dari keturunan Minang iaitu Yusuf Ishak yang setelah keluar dari dunia kewartawanan,  menjadi Melayu  Pertama  sebagai  Presiden Singapura. Beliau dan adik-adiknya yang mendapat tempat dalam kerajaan Singapura adalah anak  kepada Pegawai Perikanan Melayu bagi Negeri-Negeri Selat.Semuanya berpendidikan Inggeris.

Aziz Ishak adik kepada Yusuf Ishak yang juga wartawan Utusan Melayu telah dihantar  oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya General Templer untuk mewakili semua akhbar di Malaya bagi laporan dalam Bahasa Inggeris mengenai  Pertabalan Queen Elizabeth di tahun1955.

Wartawan-wartawan Utusan Melayu generasi pertama juga adalah dari pendidikan Inggeris seperti Ishak Haji Mohamad ,Abdul Samad Ismail, Aziz Ishak ,Othman Wok, Hussein Abdul Hamid  dan lain-lain. Perjuangan pertama Utusan Melayu bila di lahirkan pada tahun 1939 adalah untuk menentang Arabisasi  ke atas Orang Melayu  dan  menentang Keturunan Arab(DKA) yang mengexsploitasi orang Melayu di Singapura dan Johor.

Kongres Budaya 2017 harus dapat melihat asas kekuatan Melayu sebenar yang  terbina sejak merdeka tidak  diatas asas racism Melayu dan agama  yang sempit tetapi bersifat kosmopolitan dan berkualiti antarabangsa yang dijuarai dengan berani oleh Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Tun Dr.Ismail dan Tun Dr.Mahathir dan lain-lain rakannya.

Tan Sri Rais Yatim harus secara jujur melihat kekuatan dirinya sendiri.Kita harus membawa keluar orang Melayu dari sentimen Nusantara yang sempit seperti yang di lakukan oleh Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun menghadapi konfrantasi Indonesia.

Kerana kekeliruan dan hipokrasilah maka kita sekarang berundur kebelakang dalam bidang politik, sosial dan agama dengan memainkan kembali sentimen perkauman dan agama sampai pada peringkat mencacatkan Perlembagaan Negara atas kepercayaan akan menjadi bangsa dan agama yang kuat. Sebenarnya ini adalah kepalsuan dan penipuan diri sendiri.