Monday, 31 July 2017

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING" PIMPIN MELAYU 22 TAHUN.

RAHMAT KEPADA TUN MAHATHIR

KOMEN:TPM Zahid Hamidi terlanjur lidah dalam menghina Tun Mahathir adalah atas kehendak Allah yang mahu memberikan rahmat kepada Tun sehingga mendapat simpati yang meluas di seluruh negara dan  memberikan masalah baru kepada PM Datuk Seri Najib - Tan Melaka.

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING".......
Jika Tun Dr.Mahathir pernah mengungkit Perdana Mentari Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai keturunan Siam, maka apakah salahnya jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan soal Tun Dr.Mahathir sebagai keturunan Keling yang telah memimpin Melayu dan sekarang mahu mempengaruhi lagi orang Melayu.

Beliau telah menunjukkan  IC Tun Mahathir yang nama sebenarnya Mahathir anak lelaki  Iskandar Kutty seolah-olah  suatu penemuan besar yang berjaya didedahkan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk meyakinkan  rakyat kerana  dari sumber sah iaitu  dari Pejabat Pendaftaran negara.

Barangkali tidak salah bagi Zahid membangkitkan soal keturunan pimpinan negara  tetapi situasi dan kedudukan kedua mereka berbeza  dalam mengungkit pekara ini  dan inilah yang seharusnya menjadi pertimbangan rakyat,samaada wajar atau tidak.

Mahathir membuat pendedahan itu ketika beliau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan tetapi sebagai rakyat biasa yang menghayati perasaan rakyat dalam ketegangan negara  tetapi sebaliknya Zahid Hamid berada pada kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO. Maka apakah dalam  kedudukan itu wajar bagi beliau  untuk menyentuh peribadi seorang pemimpin UMNO sehinga keperingkat paling rendah? Hinakah seseorang kerana keturunannya. Tidakkah Zahid dengan itu mendedahkan dirinya sebagai seorang yang rasis, tidak sahaja kepada rakyat umum tetapi kepada UMNO sendiri.

Situasi politik  selepas tragedi 13 Mei memerlukan suara berani ke arah tindakan drastik  yang kebetulan hanya sanggup  dilakukan oleh seorang Keling untuk membawa suatu perubahan segera dalam pucuk pimpinan negara bagi survival  Melayu yang pada akhirnya membantu Tun Razak mengambil alih sebagai  Perdan Menteri.

Zahid  yang berada  dalam pucuk pimpinan negara membangkitkan perkara keturunan ini  adalah kerana beliau tidak mengenali sejarah racial identity yang telah pun dipadamkan oleh Datuk Onn Jaafar bila UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dengan kesepaduan bangsa dan Islam.

Sebenarnya akhbar Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 1938 bukan kerana semangat anti penjajahan British tetapi  adalah kerana dorongan semangat anti keturunan India DKK  (Darah Keturuan Keling dan juga DKA(Darah Keturunan Arab)  yang dijuarai oleh Yusuf Ishak seorang keturunan Minangkabau  yang wajahnya kelihatan sebagai seorang India kerana DKA dan juga DKK mengexsploitasi pemikiran dan juga ekonomi Melayu. (Lihat buku  Sejarah Utusan Melayu: Didepan Api Di Belakang Duri terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd)

Apabila perpaduan seluruh orang Islam dan Melayu diperlukan bagi menentang Malayan Union Datuk Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO atas anjuran Utusan Melayu telah meminta soal keturunan itu dilupakan  untuk perpaduan Islam dan Melayu yang diperlukan bagi  kejayaan perjuangan menentang Malayan Union.

Sekarang Datuk Zahid Hamidi telah membuka semula pintu racial politic  dalam UMNO sendiri sedangkan UMNO telah pun menempah nama besar dan berjaya sebagai sebuah parti politik Melayu di bawah  pimpinan  berbagai keturunan dari Siam,Bugis,Turkey hingga ke India.
Agak malang  hal ini berlaku ketika  PM Datuk Seri  Najib sedang mempromokan persahabatan Melayu dengan orang India  sehingga sanggup pergi ke rumah filem Star India terkemuka  dan menjemput  Kajol Top Star filem Divale ke Malaysia. Tidakkah Zahid telah mencacatkan  usaha yang baik ini?.

Dalam perspective  yang lebih luas Zahid tidak hanya menyinggung perasaan Mahathir tetapi cuba kita lihat  siapakah KSN Ali Hamsa dan  keturunan mamak yang telah menempah nama dalam UMNO seperti Allahyarham Sulaiman Ninam Shah. Salahkah Allahyarham bertahun-tahun  menjadi Pengerusi tetap UMNO? Bagaimana dengan Aziz Rahim "Keling" menjadi Pengerusi Tabung Haji? Salahkah Aziz Sheikh Fadhil, Reezal Merican Naina Merican dan lain-lain menjadi ahli UMNO. Apakah hanya Jawa dan Bugis sahaja boleh memimpin UMNO?

Zahid tidak sewajarnyra membangkitkan  semangat perkauman  dalam kalangan ahli  UMNO ketika UMNO memerlukan perpaduan hanya semata-mata kerana  beliau berasa  terancam dengan seorang keturunan Turkey menjadi penghalang untuknya  menjadi  Perdana Menteri dan kerana itu perlu baginya untuk membuktikan  dirinya sebagai Hang Tuah Moden  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepada rakyat ini adalah tambahan bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sekarang  benar-benar berada dalam  keadaan panik kerana  telah mendapat maklumat yang buruk bahawa apapun yang dipromokan oleh Najib tetapi tidak memberi  kemajuan politik kepada UMNO. Sambutan kepada Pakatan Harapan semakin hebat dimana-mana  di akar umbi.

Bagaimanapun saya dengan ikhlas mengangkat topi  kepada Datuk Seri Najib di atas keteguhan dan kegigihan semangatnya untuk  terus berjuang.

Anda semua Bumiputra, Najib Beritahu India Muslim
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak bersetuju yang masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera, tetapi berkata kerajaan perlu mengkaji secara mendalam tuntutan supaya status tersebut diwartakan.
“Hakikatnya, tuan-tuan dan puan-puan Bumiputera,” katanya pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan.




44 comments:

  1. Sumbangan Tun kepada Bangsa, Agama dan Tanah Air, malah kepada UMNO sendiri tidak dapat dinafikan.
    Berhujahlah dengan fikiran yang waras dan tenang.

    ReplyDelete
  2. Tan Sri Zam,

    Putus harapan Perdana Menteri untuk mempertabatkan India Muslim sebagai Bumiputera.


    sumber: Anda semua Bumiputera, Najib beritahu India Muslim...July 18, 2017...http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/18/anda-semua-bumiputera-najib-beritahu-india-muslim/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indian muslim ada dizaman melaka lagi,keturunan tun mahathir berada zaman bila sila fikirkan ia sehinggakan ic tun mahathir di tulis Iskandar Kutty, Jadi siapa patut persalahkan ?, nak kata tun mahathir keturunan tun mutahir gagal jaga melaka susuh juga itu?

      Delete
  3. Zahid Hamidi tidak rasis. Raja Judi dunia, Paul Phua yang ditangkap FBI di Las Vegas pun, Zahid sanggup tulis surat-peribadi kepada Pengarah FBI untuk mengatakan bahawa Paul Phua tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kongsi-gelap dan telah banyak membantu keselamatan dalaman Malaysia.

    Bermakna, Zahid Hamidi bukan seorang yang racist. Dia sangat baik dengan Cina yang suka berjudi.

    Najib juga tidak racist. 'Orang-tengah' yang beliau guna dalam urusan bagi-pihak Kerajaan atau Rakyat, terdiri dari Melayu, India & Cina. (Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low)
    Jho Low juga suka berjudi di Amerika dan dia adalah kawan baik Reza Aziz, anak-tiri Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan rasis... To bodo tak bertepi...

      Takut dia dgn keling, mcm takukn pocong yg tak pernah dilihat... tak sedarkah dia pemuda umno pun berembun hari2 mengkayakn mamak, kononny meeting... Sawan Tempe la ko wak..

      Delete
  4. Tajuk zahid naik darah kurang sesuai..

    Orang meroyan biasanya turun darah..



    Zahid Turun Darah..

    ReplyDelete
  5. Ha ha ha bangsa bajau kota belud rasa macam mana dgn zahid? Depa ni 100% melayu ka? Shahrizat dgn Zambry pulak lagu mana, berapa persen darah DKK? Ada pi sukat?

    Umno "Pineng" awat sengap, terkedu kaaaa? Hangpa baik pi cek darah masing2, mana tau ada setitik dua darah jawa, baru la layak angkut bendera umno. Kalu tak, toksah dok sibuk lagi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah jawa buat onar dkt tanjung karang dkt sungai besar, tak nak pulak dibambuny...

      Delete
    2. The bottom line is "Umno sudah goyang" itu saja ceritanya Tan Sri....!!

      Delete
  6. Very unbecoming of a DPM. Supposed to be #2 in Government but acting like just any other common citizen. Stupid & not thinking straight. Know no shame. Go hide your face behind a rock and don't come out. Better yet; stay there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, he forget that he himself is only a 1st generation M'sian. Darah keturunan Indon/Jawa lagi mulia ke dari keturunan India?

      Delete
  7. Jawapan aku mudah je?
    Bagilah tun mahathir jadi bumiputera
    Dia kan nak sangat jadi bumiputera
    Baik apa najib bagi tun mahathir jadi bumiputera

    Sekian terima kasih ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu keturunan bangla merapu tak habis

      Delete
  8. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty? Bukan Mahathir bin Mohamad ke? Iskandar ialah datuk Mahathir... Biar betul Zahid ni... kalau nak menipu pun janganlah kurang bijak sangat...

    ReplyDelete
  9. Kalau nak tipu pun kenalah cerdik sikit. Lihat Jebat punya site (https://jebatmustdie.wordpress.com/). Ada gambar IC TDM yang Zahid sebut tu. Tak ada pun nama Iskandar Kutty!
    Nak londehkan orang tapi seluar sendiri yang kena londeh!

    ReplyDelete
  10. Sekarang ini, zaman teknologi canggih, ada rakaman video.

    Dalam rakaman video,

    Zahid Hamidi memegang handphone dengan gambar hadapan IC lama Tun M.

    Di permukaan hadapan IC lama tak ada nama, cuma ada gambar dan nombor IC.

    Apa sebenarnya yang Zahid Hamidi baca semasa dia tengok gambar IC Tun M?

    Boleh rujuk semula rakaman video.


    ReplyDelete
  11. Tolong desakkan KP JPN memaparkan bahagian belakan kad pengenalan lama Tun M dan juga selitkan salinan surat beraranak asal Tun M. Jika tidak KP JPN pun seorang rasis yang bersekongkol dengan seorang Jawa.

    Satu soalan untuk Tan Sri ZAM: Jawa tu melayu kah?

    ReplyDelete
  12. Tan Sri Zam,

    Dengan pendedahan Zahid ini, maka Tun M tak bolih sudah jadi Pengerusi Parti PRIBUMI Bersatu Malaysia sebab Tun bangsa "Keling", belum jadi Pribumi lagi.

    Zahid 1 : Tun 0.

    Terima kasih Zahid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan bumi tu asal dari keling....sama spt bumiputra, raja, dunia, suria, puja dan banyak lagi. Kalau bahasa pun kena import...hmmm.

      Delete
    2. En.Sukasamasuka.........adakah Wak Jahid tak
      tahu yang Mamak atau Keling tu Najib dah terima
      sebagai peribumi atau BUMIPUTERA......????
      Heran sungguh!

      Delete
    3. Tun M: Ibu 100% Melayu + Ayah 50% Melayu, jadinya Tun M 75% Melayu.
      Zahid Komidi: Ayah 100% pendatang Indon + Ibu 100% pendatang Indon, jadinya Zahid Melayu celup!
      Saya rasa keturunan baba nyonya yg dah berkurun duduk kat M'sia ni lagi layak digelar bumiputera drpd Zahid Komidi, anak pendatang...

      Delete
    4. Anon 21.35,
      Ayah 100% pendatang Indon + Ibu 100% pendatang Indon
      = anak 200% pendatang Indon PATI.

      Delete
    5. Tan Sri Zam,

      Cik Minah19.31 oooooiiii...Jawa dan Bugis tak masuk book sebagai Bumiputera di Sabah dan Sarawak...tetapi Keling bolih, sebab ada pisang Keling disini, sedap dan manis dimakan begitu saja...pisang Sabah pula sedap dijadikan pisang goreng...maaf tak ada pula pisang Jawa atau pisang Bugis disini...tetapi asam Jawa ada, tetapi bukan native plant.

      Cik Minah jangan pula syorkan tutup kedai Keling, sebab di Sabah, hanya kedai Keling jual roti canai sama nasi beryani. Di Malaya panggil kedai Keling juga ke?

      Di Sabah, semua kedai yang jual kain pun, kedai Keling juga, termasuk Kedai Kain Jakel...oooopss!...marah la Kak Rosmah kalau Jakel ditutup...hangus USD14 million kontrak.

      Tetapi, Kedai 1Malaysia tutup pun tak apa, sebab itu kedai Bumiputera.

      Delete
  13. Jawa di iktiraf bumiputera sebab dia ada zaman melaka lagi dizaman melaka lagi sultan melaka dah iktifar jawa sebagai melayu atas sebab ia bersangkut paut dengan kerajaan sriwijaya

    Tun mahathir bukan bumiputera jadi keluarganya harus pulangkan wang tendar dia diperutukan pada bumiputera, najib baru tengok adakah tun mahathir layak jadi bumiputera, nanti bila kajian dah disiapkan oleh najib selesai barulah mamak layak jadi bumiputera,
    barulah tun mahathir dapat jadi bumiputera.

    Marina tun mahathir dan tun mahathir sendiri dah akui bapa tun mahathir dari selatan india..

    Hanya orang tak tahu malu je seperti tun mahathir mengakui dia bumiputera, faham faham lah Jika anak tun mahathir masuk tender bumiputera tak patut diluluskan dan anak tun mahathir kena pulangkan wang pembayan tender kerajaan dia dapat dari zaman tun mahathir memerintah, ketika itu mamak belum iktiraf sebagai bumiputera,

    Tun mahathir patut berterima kasih sama najib sebab sedang dalam kaji antara mamak dapat jadi bumiputera atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iskandar datuk Mahathir kahwin dengan wanita Melayu. Mohamad anak Mahathir kahwin dengan wanita Melayu. Kalau ikut sifir hanya satu perempat darah India.

      Kemudian Mahathir pulak kahwin dengan wanita Melayu.

      Tak cukup Melayu lagi?

      Delete
  14. Tan Sri Zam,

    "Datuk Seri Najib Razak bersetuju yang masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera"

    - walaupun agak terlambat sikit, bila Najib kasi masyarakat Keling jadi Bumiputra, maka Tun jadi Bumiputra la.

    Zahid 1: Tun 1

    - Bajau2 Sabah macam si Pandikar, Rahman Dahalan, Said Keruak tetap setuju tukar Perlembagaan Sabah supaya "Keling" diwartakan sebagai masyrakat Pribumi Sabah yang ke74.

    Zahid 1: Tun 2.

    - Pemimpin KadazanDusunMurut macam si Dr.Maxiumus Ongkili, Pairin Kitingan dsbnya pun setuju juga dengan cadangan Najib itu.

    Zahid 1: Tun 3

    - Pemimpin Dayak Iban Melanau di Sarawak pun setuju juga dengan cadangan Najib dan akan menukar Perlembagaan Sarawak dengan seterusnya.

    Zahid 1: Tun 4

    - Macam mana Zahid mau jadi PM kalau dia tak setuju dengan Najib?...in public...for the first time..siapa bos?

    - Jangkan pukul anak, sindir menantu kau Zahid...bahaya tu bosku!

    - atau 'retak menunggu belah'...that is not a good sign sebab PAU lama lagi...kalau UMNO masih memerintah, siap kau Zahid kena bungkus olih Najib dan penyokong2nya di Sabah dan Sarawak.

    - aku cadangkan kau "keluar cepat2"...ala bukan ada apa, cakap je la media misquoted you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana si jawa itu nak bagi alasan 'cakap je la media misquoted you', siap ada bahan bukti audiovisual lagi masa wak jawa itu menutur perkara tersebut? Kali ini dia terperangkap dengan lidahnya sendiri, bak kata bidalan, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya. At the end, Zahid terbukti langsung tidak layak untuk menerajui negara berbilang kaum.

      Delete
  15. Dia ni TPM tapi cakap tahap ketua kampung.

    ReplyDelete
  16. BN dah menggelabah dan ketandusan idea.Nama Tun M akan naik lagi menerajui Msia ke zaman kegemilangan Msia. Itu beza nya antara pemimpin yg berintelektual tinggi dan yg hangat2 taik ayam berintelektual rendah.

    ReplyDelete
  17. Tan Sri Zam,

    Dr M brands Zahid a liar, dares him to show identity card...https://www.malaysiakini.com/news/390445.

    - Ooooops!...someone has go!

    - tetapi, kerana hanya dua orang saja yang pernah nampak penderma Arab...Zahid can stay!

    - but, someone has to go!

    ReplyDelete
  18. Tak payah lah diteruskn kebodohan Tpm Tempe nie.. fokus tombangkn bijan sudey... Jahid ni nothing... Dia ingat org suka dia cemuh2 tdm...

    ReplyDelete
  19. Keling mi lah yang hidupkan UMNO sekarang ni yang telah di haramkan oleh mahkamah satu masa dulu..

    ReplyDelete
  20. Pecah tembelang...jumpa tun minta sokongan dan simpati, bila tak dapat dari tun, sekarang hina dia. Tun dah panggil kau pembohong...hah jawab wak jawab.

    ReplyDelete
  21. Hina keturunan orang, apa faedahnya pada keturunan sendiri? Dulu cina datang naik tongkang sehelai sepinggang, dihina sebagai kuli, dipanggil cina babi. Sekarang cucu cicit "cina babi" lah yg kuasai BSKL, jadi towkay, bukak midvalley dan pavillion serta lain2, jadi doktor guru pensyarah, beli rumah banglo dan sapu semua kondo2 kat kl. Ratusan ribu kini jadi kuli di kilang2 cina. Melayu indon jadi kuli di restoran2 cina. Ada cina hina dia orang ni?

    Ratusan ribu melayu felda (termasuk keturunan jawa ramai di felda johor) masih perlu dibantu dari generasi ke generasi. Bandingkan pula berapa ramai mamak perlu bantuan kerajaan?

    Apa guna hina orang keturunan orang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn. Anon. 23:30.Kebanyakkan Melayu ligat beragama namun tiada pernah ada kesedaran dan sangat degil untuk melihat kelemahan diri.

      Delete
  22. Pergolakan politik skrg sbenarnya byk rahmat...kita dpt mengenal mana intan mana kaca utk masa dpn negara. Yg keruh akhirnya akan turun kebwh supaya yg jernih sj tinggal atas.

    ReplyDelete
  23. Tan Sri Zam,

    Zahid tuduh Tun anak Keling, sudah pun Tun nafikan.

    Tetapi, "tuduhan Tun"* yang Zahid pernah datang jumpa dia pada suatu ketika dulu, untuk meraih simpati Tun, bertujuan untuk tikam Najib dari belakang adalah suatu tuduhan yang amat serious kerana ia telah mencemarkan MARUAH dan NAMA BAIK Zahid, sebagai pemimpin No.2 negara ketika itu...dan sekarang.

    Kita mau tau siapa yang pembohong? Zahid atau Tun?

    Zahid kena nafikan tuduhan* ini dengan sekeras2nya...ini bukan tuduhan main2.

    * http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/31/mahathir-embarrassed-cabinet-has-people-like-zahid/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hayat politik Zahid sebagai TPM sudah boleh dibilang dengan jari.

      ingat ya..PM sangat pentingkan kesetiaan.

      ..dan PM kini sudah ada alasan rasmi untuk singkirkan Zahid dan gantikan dengan Hisham.

      Zahid sendiri yang bagi bola tanggung kepada PM untuk singkirkan dia.

      good bye Zahid..lepas ni hang jadi polong tak bertuan..BN tak mahu..Pakatan pun tak mahu...hahaha..

      Delete
  24. Zahid Hamidi is an eejit. Ada hati nak jadi the next PM? No charisma at all. No class too. Looking forward to see all these thieves rot in jail.

    ReplyDelete
  25. Umno is a party of the kampong fellers, by the kampong fellers, and for the kampong fellers. Patut la professional melayu tak nak layan....orang felda dan kita belud jerrr layan

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum TSZ,
    Peristiwa terbaru ttg identiti Tun M telah membuktikan rendahnya tahap pemikiran TPM kita.
    Sejarah lalu dr berjawatan Ketua Pemuda UMNO adalah bukti siapa TPM sebenarnya.

    ReplyDelete
  27. ZAHID KOMIDI NI TPM KE TEMPE M.

    ReplyDelete
  28. Zahid..buat rakyat simpati kat tun...susah la umno kalau camni..

    ReplyDelete