Saturday, 17 June 2017

SYABAS DR. ISMAIL TEGUR TAZKIRAH LAPUK YANG BERULANG BERDEKAD

SAYA KECEWA DENGAN ASYRAF DUSUKI

Professor Datuk Dr. Ismail Ibrahim  mempunyai autoriti yang tinggi untuk menegur tazkirah ,syarahan atau  ceramah agama terutama di bulan Ramadan yang tidak sezaman, yang banyak merupakan ulangan  bahan-bahan yang telah kita dengar sejak berdekad.

Pada umumnya,kata beliau, berkisar di sekitar ritual,dosa pahala  yang tidak membuka minda kearah  penyelesaian perilaku manusia moden yang sedang tercabar dengan nilai baru " teknostres" atau  kegelisahan  dan penyelewengan jiwa dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Pendekatan agama di Malaysia terutama dalam tazkirah tidak mempedulikan  kemajuan dan kemakmurannya yang   telah mencetuskan kecenderungan persaingan masyarakat pengguna kearah Perdagangan Agama yang berselindung disebalik pakaian,penubuhan sekolah-sekolah  tahfiz,perubatan dan sebagainya.

Sebenarnya tidak sahaja masyarakat umum yang menyeleweng dalam memahami prinsip  kesederhanaan dalam Islam tetapi kepimpinan negara sendiri yang bercakap tentang wasatiah dan hadhari.

Dr. Ismail yang juga merupakan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan bertanya apakah dengan hanya membicarakan dosa pahala dan ritual serta fardu ain sudah cukup untuk membina akhlak dan moral anak-anak muda kita pada hari ini bagi menghadapi cabaran sezaman( Lihat tulisannya di Utusan Malaysia 14 Jun 2017)

Tidak ramai para ulama kita atau pegawai-pegawai majlis agama yang berani tampil kehadapan untuk menunjukkan sikap  kritikal  terhadap amalan atau pendekatan agama yang akhirnya akan merosakkan imej agama kerana banyak hipokrasi dan talam dua muka.

Umpamanya walaupun tidak ada paksaan dalam agama  tetapi berlaku  paksaan supaya jemaah  mendengar tazkirah dengan menolak logik akal tentang cara penyampaian ilmu dan pengajaran  yang berkesan.

Langkah pihak agama  di Selangor  tidak menggalakan tazkirah  ditengah sembahyang tarawih setelah empat rakaat pertama mungkin boleh diambil sebagai penggunaan akal untuk menggalakkan lebih ramai orang bertarawih dan bukannya lari dari sembahyang tarawih.

Perasaan tidak senang dengan cara paksaan ini telah lama terpendam yang terdedah hanya  apabila sahaja larangan  dilaksanakan di Selangor. Seorang pembaca telah menyambut baik  langkah ini di Forum Utusan Malaysia dengan mensifatkannya sebagai langkah mesra tarawih . ( UM 15 June 2017)l

kecenderungan membaca  surah Al Quran yang panjang  dalam sembahyang sunat tarawih juga menimbulkan kegelisahan  di kalangan para jemaah.

Teringat saya semasa kecil di kampung, ramai anak-anak muda turut berjemaah sembahyang tarawih kerana bacaan ayat-ayat yang ringkas dan padat. Malah sekarang pun masjid-masjid yang pendek waktu sembahyang tarawihnya walaupun 20 rakaat  lebih menjadi tumpuan.

Kebanyakkan tazkirah pula samaada di bulan Ramadhan atau disepanjang masa  di Radio dan TV, lebih  banyak yang  merujuk  kepada  masalah moral dan kehidupan di zaman nabi bagi menghadapi masalah rumah tangga, kejahatan moral dan sebagainya di zaman sekarang  yang   memerlukan rawatan keugamaan bersandarkan pendekatan  sosiologi, psikologi , antoropologi dan juga perundangan.

Umpamanya lebih relevan kes-kes baru  dikemukakan dalam tazkirah atau ceramah agama  dari mengemukakan kes-kes di zaman nabi dalam soal sikap isteri terhadap suami.

Pandangan atau ajaran  yang bersifat hukum, fanatik, emosi , sentimen tanpa rasionalisasi dengan merujuk kepada kes-kes di zaman nabi dengan contoh sikap Siti Aishah akan dianggap sebagai cerita purbakala yang tidak kena mengena dengan masalah  isteri di zaman moden.

Maka itu ceramah yang seumpama ini tidak  membuka minda  malah menampakkan kecetekan pemikiran seseorang penceramah agama.

Dalam pada itu persoalan yang lebih banyak ditumpukan ialah mengenai wanita tidak menutup aurat seolah-olah wanita  sebagai punca kejahatan kepada lelaki sedangkan banyak lagi persiapan ketahanan diri  dari segi keilmuan  untuk mengebalkan wanita dalam  pendedahan kepada masyarakat terbuka.

Tentulah kita tidak pernah memikirkan kempen penutupan aurat terutamanya berhijab akhirnya menjadi suatu sumber perniagaan besar kerana persaingan antara wanita Islam untuk memakai tudung yang lebih mahal dan lebih ternama atau berjenama dan tidak sekadarkan keperluan  untuk menutup aurat.

Agama hanya mengajar untuk menutup aurat tetapi tidak mewajibkan untuk memakai tudung yang mahal sehingga beribu ringgit.

Sekarang telekong juga sudah tidak hanya sekadarkan berwarna putih tetapi di pasarkan dalam berbagai warna. Kepercayaan untuk menghadapi Allah kelak dalam hanya warna putih sudah tidak diambil berat lagi. Tidak mustahil suatu masa kelak jenazah dikapankan dalam kain yang berwarna warni.

Ustaz dan ustazah yang bertazkirah di masjid-majid dan surau-surau tidak hanya sekadar bertazkirah  tetapi juga membawa barangan  yang dikaitkan  dengan keugamaan seperti ubatan, madu, atar dan sebagainya untuk  dijual kepada para jemaah.

Saya memberikan beberapa contoh untuk menunjukan tazkirah agama yang yang ketinggalan zaman walaupun  nilai manusia berubah mengikut perkembangan sekeliling seperti yang ditegaskan oleh Dr. Ismail Ibrahim "Perkembangan akal dan roh manusia menjadi semakin matang dan maju dengan peredaran zaman dan perubahan masa."

Pendedahan lelaki dan perempuan menerusi  interaksi bidang sosial seperti bidang pekerjaan dan lainnya sebenarnya mendatangkan kekebalan dan  tidaklah lagi mendatangkan bahaya seperti zaman dahulu ketika pergaulan terbatas kerana pekara yang luar biasa telah menjadi biasa.

Wanita-wanita yang mudah terpengaruh terdiri dari mereka yang tidak pernah terdedah kepada pergaulan yang luas menerusi berbagai bidang sosial.

Seperti yang ditegaskan oleh Dr.Ismail"Kemajuan berfikir manusia berlaku sejak zaman nabi. Maka itu dakwah para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad SWA adalah berbeza dengan manusia umat Muhammad." Ertinya perubahan, penyesuaian  dan pendekatan agama dengan kehendak-kehendak semasa seharusnya berlaku.

Dalam beberapa hal Islam tidak berkembang di Malaysia sesuai dengan  aliran kemajuan pemikiran manusia Islam disebuah negara pasaran  terbuka tetapi terbantut oleh pengajaran agama  yang menggalakkan pengasingan diri, pembatasan pergaulan dan pakaian, Arabanisasi  dan perkembangan  kefahaman yang tidak relevan dengan persekitaran.

 " Zaman  ini berubah dengan begitu cepat, jadi apakah kerangka dakwah dan pengolahannya yang telah dilakukan dua tiga dekad yang lalu masih relevan dan berkesan pada masa  ini ,ketika jiwa dan  anak-anak sekarang yang telah berubah dengan mendadak sekali?",kata Dr.Ismail.

Anak-anak  remaja perlu terdedah kepada  berbagai kegiatan sosial yang boleh menceriakan dan membebaskan  jiwa menerusi alam pendidikan yang bersifat antarabangsa dan bukannya terkurung dan  tertekan dalam suasana doktrin  kepondokan  yang terbatas kepada peribadatan, naysid, syarahan keugamaan, penghafalan Al-Quran sepanjang  hari kerana  mereka tidak boleh terpisah dari hidup masyarakat berbilang agama dan kaum  yang  membolehkan mereka  membuat perbandingan.

Menglibralisasikan pendekatan agama  tidak mudah dilakukan  dalam masyarakat yang semakin peka terhadap agama  tetapi saya percaya  Dr. Ismail sendiri boleh  mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tenaga profesional, Intelektual dan ilmuan Islam yang progresif dan dinamik  untuk merancang dan menyusun pendekatan bersepadu dan berani  ke arah libralisasi tazkirah atau ceramah menerusi multimedia terutama TV dan Radio.

Sebenarnya kita memerlukan bukan hanya seorang  Pakar  Motivasi seperti Dr Mohd Fadzilah  Kamsah sebaliknya beribu lagi  orang sepertinya yang  dapat membuka minda umat Islam di negara ini.

Tokoh-tokoh agama lain  yang dinamik dan sentiasa berfikiran terkini seperti Islamic Scholar Dato Dr. Asyraf Wajidi Dusuki ,Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr.Mohd Asri Zainual Abidin dan beberapa orang lagi ustaz dan ustazah yang berfikiran dinamik  dan progresif yang  dapat dikenal pasti menerusi program-program mereka di  TV.  Ia seharusnya merupakan suatu kumpulan kecil yang berkualiti tetapi berupaya membawa suatu perubahan besar.

Saya sebenarnya kecewa dengan Dr. Asyraf  seorang Islamic Scholar,modenis Islam yang dihormati kerana daya intelektual yang tinggi  tetapi sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  tidak membantu  ke arah meningkatkan mutu  program agama di  TV dan Radio  sehingga ada stesen TV yang mengemukakan ustazah berpurdah (menutup muka) untuk memberi ceramah.







23 comments:

  1. Sewajarnya dipertimbangkan oleh penguasa-penguasa masjid.imam-imam khususnya bahawa umat Islam yang pergi ke umrah atau menunaikan Haji di Mekah bebas dari kewajipan yang lain. Maka itu mereka boleh memberikan sepenuh masanya untuk berbadat.
    Maka itu sembahyang tarawih dengan bacaan ayat yang panjang tidaklah menjadi masalah kerana esuknya mereka boleh berehat panjang,tidur dan sebagainya tetapi umat Islam di negara mereka sendiri adalah mempunyuai perlu bekerja esuknya.Memaksa mereka untuk menunaikan tarawih dengan meniru apa yang dilakukan di Mekah adalah sikap yang tidak rasional dan tidak bertimbangrasa malah akan menjauhkan mereka dari masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrom, kalau Tarawih panjang pun, bukannya sampai pkl 3 pagi hinggakan esoknya tak mampu pergi kerja. Ramadhan pun bukan sepanjang hari dalam setahun hingg mengganggu kerja esok hari. Paling lama pun pukul 10.30 habis. Apalah sangat satu jam. Kalau Tarawih pendek pun orang balik rumah tengok TV juga. Atau buat kerja2 lain. Tarawih sebulan dalam setahun pun takkan nak berkira sangat panjang pendek.

      Delete
    2. Bila acara-acara ritual ini dijadikan satu bentuk pekerjaan,karier,profesion,dan ada perjawatanan yang bergred sekian-sekian,ini menjadi masalah.Di peringatkan di dalam Al-Quran agar jangan menuntut ilmu Allah dengan orang yang mengambil upah.Bila ibadah ritual menjadi satu pekerjaan kepada golongan tertentu,...majoriti masyarakat menjadi sasarannya.Keesokan pagi,masyarakat itu perlu bekerja.Islam bukan agama ritual,dan bekerja itu adalah satu ibadah dalam Islam.Makna solat yang sebenar juga bermaksud memberi komitmen,dan beriltizam dalam melakukan segala usaha.Selama orang melayu kuat dengan acara ritualnya,...kita tidak ke mana pun,jauh sekali menjadi bangsa yang bijak dan maju serta menjadi khalifah di muka bumi ini.Al-Quran menyebut yang syaitan itu adalah musuh yang NYATA.

      Delete
  2. Salam Tan Sri,
    Sudah sekian lama negara ini mengamalkan pendekatan localised dalam penyampaian dakwah dan ritual. Tidakkah mereka diperingkat atasan pernah memikirkan kemajuan ilmu dan penguasaan pengetahuan umum sudah mencapai tahap internasional yang memerlukan penyampaian juga bersifat antarabangsa. contoh paling ketara teks khutbah jumaat setiap minggu yang membicarakan isu dan hal-hal yang menjemukan sehingga waktu khutbah itulah waktu paling sedap untuk melelapkan mata saban minggu dan ia tidak pernah berubah sepanjang zaman. tazkirah semasa tarawih yang serupa dengan tazkirah mingguan sepanjang sebelas bulan, terus-terusan disambung dalam ramadhan sebulan pun tidak terlepas dari seolah-olah sebelas bulan tidak cukup dan kita tahu ustaz-ustaz ini hanya menjalankan ritual penuh dengan sifat komersial semata-mata kebanyakannya. Sebaba itu anak-anak muda menjauhkan diri dan kehadiran hanyalah golongan pesara dan warga emas sahaja

    ReplyDelete
  3. Sewajarnya ustazah yang berpurdah atau menutup muka tidak dibenarkan kemunculan mereka oleh mana-mana stesen TV di negara ini kerana merosakan imej Islam negara.kita bukan negara extreme atau Arab.
    Perempuan yang menutop muka matanya lebih liar dan bebas melihat lelaki kerana dia memikirkan orang tak nampak pandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menutup muka bermula sebelum Islam. Mengikut Assyarian Law wanita-wanita kelas atasan wajib pakai manakala kelas bawahan tak perlu.
      Wanita Europe semasa zaman Medieval pun pakai seperti apa yang orang Islam. Kiranya ikut style dulu. Tak tau la apa yang pakaian orang Melayu. Other civilizations ada bukti sebab ada painting.

      Delete
    2. Fakta sejarah arab jahilliah,....perempuan yang tutup semua,hanya nampak mata sahaja adalah pelacur.Hari ini masih ada Kristian koptik dan wanita yahudi yang bertudung seperti itu,dan baru-baru ini ada ulamak wanita dari Al-Azhar yang menentang wanita Islam bertudung seperti wanita yahudi dan kristian koptik.Allah ada menyebut dalam Al-Quran perihal orang yang pada awalnya beriman padaNYA tetapi kemudian beralih arah mengikut golongan yang tidak beriman.Dalam kehidupan orang Melayu setiap hari,siapa yang kita ikut?Hari Ibu,Hari Bapa,Hari Buruh,Hari Kekasih,Earth Hour,dan terbaru Quran Hour semuanya kita cedok daripada orang yang kita panggil kafir.Dulu di Malaysia hanya orang kristian yang tampal "I Love Jesus" pada cermin kereta mereka,tak lama selepas itu berlumba-lumba orang melayu menampal lagi banyak daripada orang kristian.'Adeen' bukan terletak pada segala tampal-tampalan itu.Kita perlu senantiasa membaca untuk memahami isi kandungan Al-Quran,bukannya perlu Quran Hour seperti itu.Ini lebih kepada cara orang munafik berfikir.Saya menentang Al-Quran di'Quran Hour'kan.Kerajaan hari ini menjadi-jadi menggalakkan aktiviti ritual yang sangat jelas kemunafikannya,dan masyarakatlah yang menjadi hamba kepada candu ini.Kita menyukarkan apa yang dipermudahkan oleh Allah.Iblis sentiasa menyampaikan bahawasanya Al-Quran itu bukan calang-calang orang boleh menguasainya.Jadi tidak perlulah kamu membacanya,....rujuk sahaja kepada 'aku'.Maha Pengasih Allah memberi Al-Quran sebagai penunjuk jalan kepada kita,dan disuruh kita membacanya dengan teliti agar dapat memahami peringatan yang sebenar.Bukan berkareoke sahaja.Penyakit tazkirah sudah menyerang kehidupan kita dan sudah menjadi barah dalam masyarakat.Stesen radio kerajaan turut berlumba-lumba memberi tazkirah.Ramai artis menjana pendapatan dengan cara ini,tidak perlu susah-susah menyanyi dan berlakon.Di negara kristian mereka ada Christian Rock Band,dan kita juga sekarang ke arah itu.Sekiranya kita benar-benar mencari kebenaran,kita tidak perlu kepada ritual ini semua,tidak perlu ada sebarang bentuk hiburan sebagai umpan untuk menarik orang.Membaca Al-Quran dengan niat yang benar lebih menarik lagi sebenarnya.Tidak ada satu bentuk hiburan yang dapat menandinginya.

      Delete
  4. panglimo potaseh18 June 2017 at 13:23

    Pak Zam.

    Pada tahun 80an saya ada membaca buku karangan seorang agamawan Indonesia yang saya lupa namanya.

    Buku setebal 2 inci itu punya 2 volume, sarat dgn fakta saintifik yang di kaitkan dengan Islam.

    Buku itu menceritakan bagaimana dunia diliputi sejarah berfasa, bersandarkan apa yang pengarang tafsirkan daripada kitab sekian alam ia itu Al-Quran.

    Katanye sebelum Adam sememangnya dah ada manusia. Katanye zaman Noh dunia telah pun mencapai puncak teknologi yang canggih .. yang akhirnye terhapus dengan banjir besar???

    Banyak fakta yang mencabar minda telah dibentangkan. Seperti mengapa letak Mekah di tempatnye sekarang. Kutub dunia zaman terdahulu. Prihal lapisan langit .. prihal manusia mendarat di bulan. Prihal ngapa dalam Quran dinyatakan planet yang mengelilingi matahari terlebih satu. Prihal hidupan di Alamraya dan Alamraya itu sendiri .. prihal sembahyang, puasa, haji ..sehingga disentuhnye rukun islam dan iman .. dan banyak lagi prihal. Bercerita bagaimana Spanyol gagal di Islamkan walaupun Islam subur 700 tahun disana? .. mengapa yahudi macam yahudi.

    Hari tu saya sempat dengar tazkirah bagaimana Pak Alim Arab khatam Quran sehari 2 kali .. sesak nafas saya mendengarnya. Mungkin betul .. sebab dikatakan ada profesar kita yang dah baca 70,000 judul buku dalam hidupnya .. maknanya 3 judul sehari .. mungkin banyak buku yang nipis kot .. ada logiknye.

    Tapi apa pun kita berbalik dgn tajuk asal .. maka itulah isi kandung tazkirah dan ceramah agama kita tiap hari. Penceramah seronok dengan mengajak kita mengikut ala kehidupan nabi zaman dulu .. senang faham ia lebih suspen bila dijolokan dengan ketakutan.

    Ceramah hanya berkisar tentang cara mengumpul seberapa banyak pahala sebagai tiket ke syurga.

    Cara pengumpulan pahala ini lah yang telah disongsangkan .. dipakejkan menjadi produk biznis .. cari untung untuk kaya raya.

    Pada saya ceramah seperti itu bertahap ngajar budak tadika. Apa yang patut kita ikut adalah rangka doktrin dan falsafah sistem kehidupan nabi itu sendiri dan disesuaikan dengan keadaan lokasi dan zaman kini .. itu saja. Pak Ustaz tadi perlu lebih banyak membaca keadaan semasa.

    Saya juga teringat di era awal 80an .. dimana bermula nya era motivasi untuk penjawat awam. Banyak kursus bermirip keagamaan diadakan. Kerajaan belanja beratus juta untuk pastikan penjawat awam jadi bersih, cekap dan amanah. Malangnye kursus ini terjatuh pada riba Pak Alim ala musang berbulu ayam .. maka ramai lah Pak Alim jadi kaya. Hasil nye kita nampak bagaimana wanitanye dibungkus dan lelakinye tidak lagi bersongkok. Apa pun lebih malang nye ..dari berita sebuah akhbar dinyatakan setengah juta penjawat awam terlibat rasuah .. kedai kopi disekeling Jln TAR di penuhi penjawat awam dari pagi hingga ke petang walau pun dah ada uniform. Entah lah???


    ReplyDelete
  5. Secebis pengalaman.

    Seperti umum tahu masjid di Kelantan kebanyakan terbina atas usaha individu atau kumpulan dari sumber persendirian seperti wakaf, derma, sedekah dan seumpamanya.

    Kemungkinan besar imam adalah atas perlantikan sesama mereka diikuti pengesahan dan tauliah dari MAIK. Mungkin ada yang boleh betulkan fakta ini.

    Apa yang tertarik, di sebuah masjid yang selalu saya singgah bila ke Kelantan ialah imam tidak memiliki teks kutbah sebaliknya menggunakan sepenuhnya kebebasan untuk berkutbah.

    Isi kutbah pula berkaitan dengan masyarakat setempat contohnya seperti masalah khalwat dan gejala sosial yang sedang berlaku di kawasan tersebut dan menyeru kerjasama pencegahan.

    Begitu juga dihebahkan pengisian masjid untuk ramaja dan meminta peranan ibubapa untuk bekerjasama.

    Dengan cara sedemikian semua makmum telah memberi perhatian kepada kutbah kerana isi kutbah relevan dengan diri mereka dan sekeliling.

    ReplyDelete
  6. Baharum Sulaiman18 June 2017 at 23:07

    Masalah besar yang dihadapi oleh negara yg boleh dianggap sebagai dhururat kedua ialah dadah tetapi kempen untuk membangunkan kesedaran anti dadah ini tidak berjalan seperti kempen anti komunisme.

    Sejawarnya tazkirah di masjid,surau dan khsususnya khutabah Jumaat boleh membangunkan kesedaran ini secara konsisten seperti kempen menutup aurat untuk mendorongkan kerjasama masyarakat membantu dan melibatkan diri dengan usaha memerangi dadah.
    Umpamanya saya pernah sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Perak.Sebelum sembahyang seorang OCPD setempat telah memberikan maklumat terkini mengenai kedudukan dadah di kawasan itu dengan mengemukakan jumlah penagih,berapa yang telah ditangkap.kawasan mana,jenis dadah dan sebagainya dan ini disusuli dengan khutbah menyeru sokongan kepada usaha polis membenterasnya.Saya merasa ini cukup berkesan dalam menyedarkan penduduk setempat.
    Imam atau ustaz tidaklah perlu bercakap hanya dari segi hukum atau bahaya dadah dengan secara umum tetapi hendaklah memberikan fakta fakta setempat.Polis dan lain-lain pihak boleh memberikan kerjasama.

    Saya rasa ini boleh dilakukan oleh semua masjid pada setiap minggu dengan berbagai-bagai cara.
    Usaha bersepadu boleh dilakukan dengan permesyuaratan antara Jabatan Agama,Pejabat Polis dan lain lain pihak supaya dapat kemaskini pendekatan maklumat setiap minggu.
    Bagaimanapun amat menyedihkan orang-orang agama fikiran mereka tidak terbuka.Yang mereka sering ulangi dalam tazkirah setiap minggu khutanh Jumaat, ceramah radio dan TV ialah menutup aurat,menutup aurat seolah inilah yang mengancam keruntuhan masyarakat Islam sedangkan kita menghadapi bahaya lebih besar,anak membunuh ibu bapa kerana dadah,perempuan bertudung dirugul oleh penagih dadah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. M'sia banyak ulama, ustaz, ustazah dan yang setandan dng mereka tapi kita ketandusan pemikir Islam. Itu lah bukti dan kenyataan yg kita lihat. Banyak sampah sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang puak masonic 33 masuk kedalam agama untuk di rosakan tak kira timur dan barat, lihat berlaku di suadi dan negara2 arab, puak masonic dibarat telah cuba merosak agama islam dengan fahaman islam liberal ,

    Salah ke? Jual tudung mahal adakah Kita sembahan pakaian saksi dari masonic 33 yg saksi itu yg mahal itu, lupa anda amerika adalah tempat penjual agama dari kristen dan yahudi sedangkan mereka sembahkan pada kita pakaian mahal untuk kita beli

    Lupa ia nabi penah memuji sahabat berpakai mewah d
    dan cantik, najib muji orang islam kaya menbantu orang islam.

    Kalau nak solat tak payah pakai telekong pun tak apa asalkan tutup aurut, tahukah anda hanya di asean je pakai telekong. Jadi kalau pakai telekong warna warni pun tak ada masalah jadi apa masalah ia, tak masalah pakai telekong warna merah,ping,kuning pun tak masalah, kalau pakai putih ikut sunah nabi dan dapat pahala lebih dan kalau kita solat pakai putih kita ingat mati pakai telekong bagus sebab ia tutup semua arut kita.

    Selama ini kita bergantung pada pakaian dibuat oleh pihak mosonic 33 dizaman najib baru aku ada perubahan di mana manusia di malaysia tutup arut, orang islam mula cipta jenama pakaian sendiri tampa bergantung pada masonic 33 itu, tudung, pakai jubah dan termasuk cara baju salomah mula pakai oleh orang islam, selama ini kita hanya kayakan masonic 33 itu dengan membeli pakaian ciptaan mereka

    Kalau kaya itu biarlah mereka pakai mewah tak dosa pun cuma' ikur baju baju sendiri ,jangan 'jadi biar papa asal bergayai

    Mungkin pengikut fanatik marah sebab kroni najib jual pakaian mahal untuk tutup aurut menbantu orang islam menutup aurut terutama kaya sedar bertapa penting tutup aurat itu

    Masonic 33 ini akan merosakan dengan 6 perkara
    1)pakaian jolok mata
    2)percakap
    3)perbedaraan
    4)hutang
    5)senjata
    6)kawalan semua hasil bumi

    Nasihat p.ramlee pada dalam filem 6jahanam itu telah menasihat secara tersembunyi kita berhati-hati dengan ajenda dajjil di 6jahanam 6perkara filem itu

    ReplyDelete
  9. Mat Terencat akal penyokong Najib dah masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha apa dia cakap pun aku tak faham. aku percaya TS saja masukan untuk joke bulan puasa.

      Delete
  10. Sebab2nya tazkirah terdiri dari cerita lapuk yg diulang2 berdekad2 lamanya saya rasalah..

    1. Penceramah kurang cerdik jadi dia ikut saja skrip lapuk sebab diri sendiri tak boleh berfikir outside the box
    2. Penceramah pemalas. Rasanya career dalam ugama saja yg tak payah buat research dan penambahbaikan diri. Ulang cerita lama lepas tu selit joke2 lucah sikit2 biar jemaah suka
    3. Jemaah terdiri dari jenis manusia yg tak critical. Terima aja apa yg diberi tanpa beri feedback pada penceramah yg ceramah mereka itu dah lapuk
    4. Jemaah dah dibrainwash oleh penceramah yg menyertai majlis agama itu dapat pahala besar tak kisahlah ilmunya ilmu recycle. Kebanyakkan yg datang pun lebih minat bersocial dan makan dari dengar ceramah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Majlis mengumpul pahala dan makan-makan.

      Delete
    2. Saya rasa saudara/ri tertinggal salah satu sebab yang amat penting. Penceramah telah di doktrinkan sejak kecil bahawa bab2 agama ni tak boleh fikir atau disoal lebih2, nanti jatuh syirik. Jemaah juga telah di doktrinkan perkara yg sama sejak kecil lagi.

      Akibatnya, dua2 pihak tidak mahu keluar dari kerangka yg sedia ada - takut syirik atau digelar syirik, kecuali segelintir yg betul2 berani.

      (Ini pengalaman peribadi saya; semasa saya kecil (bawah 15thn), saya selalu doa sebelum tidur, semoga tuhan tak masukkan saya dalam api neraka kerana otak saya selalu berfikir perkara2 yg saya diberitahu saya tak boleh fikir atau persoalkan).

      Bagi saya, islamisasi di Msia bermula dari semangat revolusi Iran yg telah mempengaruhi ramai pelajar2 Msia di luar negara dan akhirnya sampai ke pelajar2 universiti dalam negara. Mereka inilah yg membawa keislaman ala arab dalam kerajaan & segala institusi kerajaan. (Masa tingkatan 4 atau 5 hujung tahun 80an disebuak sekolah berasrama penuh, cikgu matematik moden saya, seorg graduan dari USA, siap 'test' kami baca surah Al-Quran dalam kelas math).

      Kita sedang menuai apa yg disemai selama hampir 30thn. Tidak mudah untuk merubahnya tapi saya percaya kita mesti bermula dgn sekolah, universiti, jabatan2 agama negeri/pusat & majlis raja2 kerana jabatan agama negeri dibawah raja2 .


      Delete
  11. Teguran aku satu je
    Ikur baju dibadan sendiri,
    Jangan ikut 'biar papa asal bergaya

    Pada yg mampu 'biarlah dia pakai pakaian yg mahal.
    Pada tak mampu, pakai ikut kemampuan.

    Ulamak sekarang patut peka keadaan sekeling bukanya beri teguran bukan2 Pada mereka yg pakai mahal tutup aurat

    Jadi siapa dongkey sepatut bertaubat, sepatutnya berbangga lah orang melayu islam mula sedar tutup aurat, orang islam mula buat produk sendiri dan pakaian sendiri, di zaman tun mahathir jarang kita dengar orang islam cipta produk pakai dia sendiri kalau ada pun semua kena dedah sana sini baru produk diterima, tak ada usaha di buat zaman tun mahathir dimana Jenama pakaian orang melayu dia sendiri untuk orang islam itu pakai untuk tutup aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai 22:21,....bacalah Al-Quran dengan teliti seperti disebut oleh Allah.Yahudi dan kristian koptik juga menutup aurat seperti yang kamu sangkakan.Siapa yang tidak pernah kenal jemu memberi galakan kepada bangsa Melayu menguasai segala bidang?

      Delete
  12. Mahathir tidak mengangkat taraf negara dengan perempuan Islam menutop aurat atau jenama pakaian menutup aurat tetapi mengangat maruah Malaysia sebagai sebuah negara Islam
    yang dihormati dengan suara berani menentang penindasan terhadap orang Islam oleh Kuasa Barat.
    Najib dalam soal Qatar diperkotak katekan oleh Yahudi dengan menggunakan negara-negara Arab sendiri pun tidak berani ditegur olehnya. Negara Malaysia dah jadi pak turut Amerika,hanya berbangga sebagai kawan baik Trump.
    Orang Najib tidak dapat melihat nilai sebenarnya bagi sebuah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini kita sudah boleh untuk mengatakan yang hanya orang bangang dan bodoh semulajadi sahaja yang masih menyokong Najib.

      Delete
    2. Kenapa tun mahathir tak marah je al gore itu di persidangan apec itu, dia masuk negara kita 'al gore suruh refomasi merusuh di kuala lumpur dulu fakta menbuktikan al gore seorang gay, gay mesti sokong gay

      Fahami keganasan berpunca dari agenda amerika itu isis dan fsa itu berasal dari johd macCain senat amerika itu semasa obama dulu, johd macCain itu dari pentakbiran bush dulu ,obama telah lantik dia jadi senat, dan suadi dan qatar punya bodoh teruskan agenda dajjil itu

      Kita sendiri lihat ketakutan qatar itu apabila suadi nak ancam qatar,qatar cepat2 keluarkan wang beli pesawat f15 amerika itu untuk meloby supaya amerika jangan campur tangan, nampak sangat amerika nak ambil untung dari pergaduhan suadi dan qatar itu, amerika cuba ulang perkara sama di perang iraq dengan taburkan ketakutan supaya negara arab ini menbeli senjata

      Negara2 arab ini senang di mainkan.

      Satu aku nasihat pada najib berhati2 pada trump itu aku tengok krisis syria sekarang 'trump dan senat yahudi seperti nak buat negara isreal kedua guna puak krudis, dan berhati2 main suadi yg belakang dia amerika.

      Ingat pesan nabi dajjil akan bawa air sebenar api, api sebenarnya air

      Aku dah faham maksudnya dajjil mambawa minyak dan gas di seluruh dunia untuk dikawal negara arab guna petro dollar, lihat siapa kawal perdagangan minyak di amerika dan british itu minyak perdagangkan kedua negara guna petro dollar

      Delete
    3. Ya, saya setuju. Mungkin ia ayah emak Anon 0803, atuk, pakcik2, adik beradik, anak2 dan guru2 anon 0803.

      Delete