Saturday, 25 February 2017

SATU SEN PUN SAYA TIDAK TERIMA DARI ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA

KOMEN:
WHAT MAKES ROCKY THINK HE CAN CONVERT EDUCATED?
Anonymous26 February 2017 at 18:42
Even RPK is losing support among his readers. What makes people like big dog and rocky think that they can convert educated and urbane middle class to swing back to umno/bn? Just because they can articulate their argument well in english does not mean that people will be fooled to believe them.
ReplyDelete
BAGAIMANA AKAN DIPERCAYAI JIKA PENYEBARNYA ROCKYBRU DAN BIG DOG
PM Najib minta supaya diperangi habis- habisan maklumat palsu. Masalahnya ialah rakyat lebih percaya kepada maklumat dan berita yang disebarkan oleh wartawan rakyat dari wartawan-wartawan upahan.
Contoh jelas bagaimanakah orang akan percaya maklumat dari Big Dog yang terbukti membuat fitnah besar terhadap Zam tanpa membuat pemereksaan lebih dahulu dan demikian juga Rockybru yang mempunyai identiti wartawan murtad kerana beralih kiblat kepada MONEY IS MY IMAN.
ReplyDelete
SATU SEN PUN....
Budak suruhan Rockybru blogger Big Dog   menuduh saya dianugerahkan Tokoh Wartawan Negara 2006  dengan diberikan   Substantial Grant dari Kementerian Penerangan sendiri yang ketika itu saya sebagai menterinya.

Ini adalah tuduhan yang sangat berat kerana kurniaan Anugerah Tokoh Wartawan Negara  pada masa itu dan sebelumnya oleh MPI adalah tanpa sebarang grant atau wang. Saya mendapat sebuah trofi kristal yang tertulis di atasnya Tokoh Wartawan Negara 9 November 2006.

Hal ini boleh disahkan oleh MPI dan juga Tan Sri Azman Ujang Pengerusi Bernama  yang juga bertanggungjawab dalam mencadangkan anugerah itu.

Saya merasa berhak untuk mendapat anugerah itu kerana beberapa buah buku yang saya tulis telah mendapat pengiktirafan terutama Tun Razak  Jejak Bertapak Seorang Patriot  dan  juga  Mahathir Di Sebalik Tabir yang menjadi The Best Seller disamping perkhidmatan saya yang terus menerus selama lebih 30 tahun  dalam dunia kewartawanan

Yayasan Tun Abdul Razak telah membayar saya RM100,000 bagi penulisan buku Tun Razak itu yang dijadikannya hadiah tahunan kepada pelajar terbaik setiap tahun  hingga sekarang. Kedua buku itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

Big Dog kalau nak makan dedak pun janganlah makan dedak dari muntah Rokcybru seorang yang telah diiktiraf murtadnya oleh para wartawan yang bermaruah.

Big Dog:Saya memandang serius tuduhan saya menerima grant atas anugerah Tokoh Wartawan Negara  dari Kementerian Penerangan dan saya menuntut kemaafan dari saudara kerana antara kita sebelum ini tidak pernah ada permusuhan dan saya tidak faham kenapa  saudara juga harus mencari permusuhan dengan saya.

Diantara buku-buku yang telah dihasilkan oleh Zainuddin Maidin dalam Bahasa Melayu dan terjemahan Bahasa Inggeris. Mahathir Di Sebalik Tabir juga diterjemahkan ke Bahasa Cina dan Tamil.

22 comments:

  1. PADAN MUKA! Monyet patut dibayar dgn kacang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh... tu kan anjing besor... bukannya monkey.. bagi tulang jelah... hehehe... ingat lagi time nak turunkan tun paklah... membuntut tun m je keje anjing besor ni... lepas dpt tulang besor dr geng mo1 tak kira siapa je dia nak gigit... maklumlah dpt tulang besor... hehehe lebih kurang je dengan mykemutdotnet tu... sebelum mo1 naik dia org ni pakai topeng... lepas mo1 naik nampak ler wajah sebenarnya... hehehe...

      Delete
    2. mykemutdotnet semakin lapuk..orang umno sendiri pun dah tak minat tengok..

      Delete
  2. Ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha smokescreen oleh najib melalui ayam2 betina ternakan yg ketagihan dedak tuan dia untuk menyekat kemaraan Tun M dlm menyelamatkan negara. Saya tidak hairan sesiapa yg berkaitan dgn Tun M tak kira dalam UMNO atau luar UMNO dan sebagai melayu yg tahu erti berbudi dan berbahasa, mengakui jasa2 Tun M selama hayat beliau masih dikandung badan akan menjadi duri yg berbisa kepada tuan besar mereka. Sesiapa yg masih mengiktiraf negarawan kita itu akan dimusuhi secara langsung atau tidak langsung oleh mereka yg saya anggap PENGKHIANAT2 MELAYU YG SEBENAR-BENAR DEFINISI PENGKHIANAT.

    ReplyDelete
  3. Anjing..!Walaupun dah kenyang tetap keluar lidah...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Zam saudara dapat mendedahkan a Big Dog a Big Liar and a big auta

    ReplyDelete
  5. Saya selalunya tidak masuk-campur atau menyebelahi mana-mana pihak dalam percakaran antara blogger, terutamanya yang melibatkan tuan-punya blog-blog yang saya kerap kungjungi.
    Tapi bila melibatkan TS Zam & BigDog aka 'Anjing-Besar' ... tidak dapat tidak, saya sudah tentu menyebelahi TS Zam. Maklumlah... saya telah diblock dari ruangan komen BigDog, sebulan lalu, walaupun beliau akui saya telah lama menjadi peminatnya.

    Saya faham... dalam landscape Politik yang dijangkiti amalan Cash is King, mereka yang bergantung-hidup dengannya, terpaksa membela 'Tuan' yang menabur punca rezeki itu, walaupun terpaksa memperbodohkan diri. Mana tidaknya... bukan senang untuk... defend the indefensible. (Mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan)

    Ketika 'kempen' menurunkan Pak Lah dulu, mereka mendapat nama dan reputasi baik kerana menyebelahi Dr.M yang boleh dikatakan... 'Bersih'. Tidak pernah terlibat scandal atau terbabit dengan orang-tengah kelabu-asap dalam urusan pentadbiran Negara.
    Hakikatnya... blogger-blogger pro-Najib akan mengalami situasi sukar, jika Cash is King dinyah keluar, satu hari nanti. Sebab itu mereka sanggup menebalkan muka, mempertahan dan bela Kleptocracy.

    Adalah lumrah dalam berpolitik... punyai kroni untuk biayai kegiatan Politik mereka. Tapi... dengan kroni-kroni Dr.M.. seperti Ananda Krishnan, YTL, Mokhtar Bukhary... beratus-ribu Rakyat dapat cari-makan, bela anak-bini, bekerja dengan mereka.
    Pada masa yang sama, Kerajaan juga dapat kutip cukai berBillion dari pengajian pekerja, kekayaan dan empayar perniagaan kroni-kroni Dr.M.
    Malangnya... dengan kroni-kroni Najib, seperti Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low... apa yang Rakyat dan Negara dapat? Jilat telor mereka... boleh la kot.

    Dan... yang paling pelik... Syarikat 1MDB yang di tubuh, kemudian berhutang berBillion tanpa due-diligence dan tanpa dibawa berbincang dalam kabinet... dikecualikan dari membayar hutang kepada Negara.

    Lepas tu... mereka pekik... Rakyat di Dahulukan... Tak kah pelik?

    ReplyDelete
  6. Tan Sri, mereka menilai diri TS sama seperti mereka.Maka itu mereka mempunyai anggapan semua manusia adalah seperti lembu dan kerbau.
    Jangan heran TS dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang terutama dalam keadaan negara sekarang.

    ReplyDelete
  7. Mem"MSM"kan blog2 yg dahulunya bebas dan merdeka tidak akan "mengumno" dan "memBNkan" pembaca yg berpendidikan. Blog2 itu kini sekadar lanjutan atau extension kepada utusan, tv3 dan JASA. Kalau perkara asas macam ni pun jentera propaganda BN tak faham, BN akan terus kekal sebagai parti orang bermentaliti kampung.

    ReplyDelete
  8. Banyak berSabar dan teruskan perjuangan yg mulia ini. Hanya Allah yg akan membalas sesuai dengan janji Nya dimana yang baik di balas baik. Jangan pandang belakang lagi dan teruskan sehingga kejayaan muncul

    ReplyDelete
  9. Anjing terkenal dgn kesetiaan pd Tuan mereka... Fakta pun dia tak tau lagi dia nak cerita. What a shame, he should rethink of changing the name to big dog kurap.

    ReplyDelete
  10. BigDog ni dah mula kelentong lama dah. Bukan ada isi substantive pun. Bahasa Inggeris yang digunakannya kekadang susah nak faham pucuk panggkalnya. Ada pengomen yang tak setuju dengan dia, dia bagi warning, kemudian dia blok. Serupalah macam penjilat2 Najib yang lain seperti The Voice, Unspinners dan sebagainya. Tak berani berdebat, teloq dah hilang cuba seperti yang katan di atas "to defend the indefensible".

    Apabila tak ada isi substantive maka mulalah fitnah, maki, caci dan sebagainya. Itu sajalah standard mereka yang sudah MURTAD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika saya masih menyokong UMNO & Najib dulu, saya diblock oleh Din Merican. Awal bulan ini, saya diblock oleh BigDog pula.

      Banyak juga saya beri komen pada BigDog... contohnya:-

      - mengapa saya tak setuju 1MDB taja Haji. 1MDB adalah milik Rakyat 1Malaysia. Nanti... apa kata Rakyat bukan-Islam. Dah la berhutang, banyak pula yang lesap. nanti Agama kita akan dipandang serong. Sudah la dikait dengan keganasan. Kalau guna WANg TH, Zakat atau Yapiem... OK la.

      - saya sebut... 1MDB kehilangan berBillion... tak tahu dimana dibelanjakan. Dia suruh saya baca Laporan Audit 1MDB.
      Saya kata... Penyata Kewangan 1MDB 2013/14, yang banyak kali tertangguh, tidak lagi diperakui atau 'no longer be relied upon'... oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan juruAudit Delliotte, sebaik saja DoJ mengistihar saman Civil terhadap asset Reza Aziz & Jho Low.
      Mengapa saya mahu merujuk kepada sesuatu Penyata yang sudah tidak lagi diperakui oleh Tuan-punya penyata-akaun?

      - BigDog kata, Dr.M banyak mencemarkan nama baik Kerajaan & UMNO. Saya jawab Najib lagi banyak, hanya dalam 9 tahun berbanding Dr.M, 22 tahun... dari Orang-tengah Razak Baginda... ke pembunuhan Altantuya... hari ini, selepas >15 tahun, bahana belum selesai. Deepak Carpet & pinjaman Bank Rakyat RM 30 Juta Tanpa-faedah.
      Sekarang... orang-tengah kelabu-asap, Jho Low dalam 1MDB. Sampai bila-bila Pembangkang boleh guna sebagai bahan kempen memburuk-buruk UMNO & BN.
      Hakikatnya... Najib gemar membelakangkan Jihad KPDNKK dalam memerangi perana Orang-tengah.

      BigDog bagi warning, dua kali lepas tu saya dah tak boleh komen dalam blog dia. Takkan dia harap saya kembali sokong Najib lepas dia bagi warning.
      Pada saya... kalau Najib jatuh... Blogger-blogger yang menyokong Najib... masa hadapan mereka akan gelap. Elok mereka cari profession lain... kerana tanpa Najib, kewibawaan kewartawanan mereka akan hancur.

      Delete
  11. Jangan percaya dengan orang yang kuat makan dan berbadan besar.

    ReplyDelete
  12. Tan sri kami tetap bersama anda... dari dulu sehingga sekarang!

    Teruskan perjuangan melawan the kelepet!

    ReplyDelete
  13. Memang tepat slogan Rakyat di dahulukan.

    Didahulukan untuk sengsara.

    ReplyDelete
  14. PM Najib minta supaya diperangi habis- habisan maklumat palsu. Masalahnya ialah rakyat lebih percaya kepada maklumat dan berita yang disebarkan oleh wartawan rakyat dari wartawan-wartawan upahan.

    Contoh jelas bagaimanakah orang akan percaya maklumat dari Big Dog yang terbukti membuat fitnah besar terhadap Zam tanpa membuat pemereksaan lebih dahulu dan demikian juga Rockybru yang mempunyai identiti wartawan murtad kerana beralih kiblat kepada MONEY IS MY IMAN.

    ReplyDelete
  15. Even RPK is losing support among his readers. What makes people like big dog and rocky think that they can convert educated and urbane middle class to swing back to umno/bn? Just because they can articulate their argument well in english does not mean that people will be fooled to believe them.

    ReplyDelete
  16. RPK, BigDog, Rocky dan sewaktu dengannya ibarat kakaktua yg mengalunkan bunyi-bunyian yg diajar oleh tuannya....isi yg sama tapi berbeza gaya. Pelik melayu2 berakal pendek semacam ini kerana beriya2 menjaja isu2 lama semata2 mahu menutup isu2 terkini tanpa menyedari betapa masa depan bergantung kepada apa tindakan kita terhadap isu2 di hadapan mata. Jelas kepada kita melayu2 pemakan dedak ni cuma mahu buncit perut sekarang tanpa memikirkan kemungkinan tercirit keesokan hari.

    ReplyDelete
  17. Salam Sdra Zam.

    Sy setuju dgn lontaran Anonymous 18.42.

    Sy menambah...rakyat tidak lagi sebodoh dulu menerima/menelan bulat2 apa yg Kerajaan lakukan.

    Malah kemana sahaja kita pergi...apa yg kita dengar adalah luahan perasaan marah dan benci rakyat (spt yg sdta Zam katakan didlm topik yg lepas) terhadap Kerajaan yg di ketuai oleh laki bini yg menghadapi tuduhan menyamun bersama konco2 Pentedarah dedak.

    Tidak dinafikan..
    ....semua pentedarah2 dedak sudah ketandusan modal untuk menutup najis2 busuk yg 'Boss' telah lakukan.

    Modal mengkritik dan mengutuk Tun M spt selalu dilakukan oleh Bloggers upahan kerajaan sudah basi.

    Tak laku lagi.

    Sdra Zam...modus operandi org2 upahan 'Boss' spt Salleh Keruak...Rahman Dahlan.. Exco Pemuda Parti.. 'cyber trooper' Party termasuk Rocky..RPK dll tetap sama....kutuk...fitnah...spin dsb terhadap pengkritik Kerajaan.
    Tun M....Muhyiddin...Kadir Jasin atau sesiapa sahaja yg menentang 'Boss' akan menerima semua ini.

    Ha ha..

    Kini...meriam dihalakan kpd sdra pula.

    Kasihan mereka.
    Rakyat tidak sebodoh itu lagi...boleh menerima bulat2 tohmahan dari Penulis2 ini.

    Sekadar pandai menulis dlm bahasa inggeris...tetapi isi hampas...tiada 'subsatance' ..dgn modal yg sama ...sudah basi...tidak mungkin lagi dpt menutup bangkai dan bau busuk yg dihidu bukan sahaja dinegara tetapi hingga keluar negara.

    Sy sarakan sdra Zam...tidak perlu buang masa melayan tulisan org2 spt Rocky...exco Pemuda RPK dsb..
    kerana sdra bukan berada didlm liga mereka.

    Lakukan spt Tun M....dia peduli apa cakap org2 ini.

    Taraf mereka terlalu rendah...jauh sekali dgn sdra dlm perkara ini (journalism).

    Mereka spt binatang ternakan sahaja...dedak adalah yg utama.
    ..mana ada jiwa soul) lagi...sudah dibeli.


    ReplyDelete
  18. RPK hidup senang lenang di London atas biaya Mr.X..........!!

    ReplyDelete
  19. Saya yakin si anjing besar n the geng sgt maklum yg najib & bee end hampir melingkup. Tapi by hook or by crook mrk tpksa jugak tulis story, tibai individu yg Xsehaluan dgn big boss cash is king.... sbb klu kpi jatuh soruu sure kena cantas punyer. Rakyat bukan buta laa weiii! Ko buat la fitnah byk2 kt dunia nie selagi daya wahai si pemakan dedak....

    ReplyDelete