Sunday, 12 February 2017

NAK MAMPUS MAMPUSLAH UMNO

Komen:
Cara selamatkan UMNO dari mampus 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib hendaklah menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada kadar masa yang cukup  baginya untuk memulihkan kekuatan parti UMNO menjelang Pilihanraya ke 14. Saya percaya Zahid yang mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan juga kebijaksanaan politik boleh menyekat  UMNO dari terus mampus-Tan Melaka

NEGARA SEDANG RUNTUH
Saya sering disapa oleh orang yang  mengenali saya walaupun saya tidak mengenali mereka.Saya dapat mengagak bahawa sapaan ini pasti akan disertai dengan pertanyaan yang sama.
Pertanyaan yang popular: Datuk apa akan jadi pada negara kita?
Tan Sri, Apa akan jadi pada cucu cicit kita akan datang?
Tan Sri, Kenaapa Najib tak mahu berhenti?
Tan Sri, Apa kita nak buat?
Tan Sri, Di mana boleh dapat borang Bersatu

Dan pagi ini salah seorang dari tiga orang  yang sedang minum teh tarik di sebuah gerai  telah datang kepada saya dan terus berkata" Tan Sri Negara kita sedang runtuh."

Mungkin ini dianggap sebagai suatu maklum balas yang berat sebelah kerana banyak  membuat persepsi saya adalah anti Najib tetapi dalam pada itu saya tetap mengharapkan semua jentera UMNO akan menerimanya dengan positif dan mengambil sesuatu langkah yang boleh menghilangkan kebimbangan rakyat.

Pengalaman saya memberitahu saya sekalipun kebangkitan antiMahathir bagitu hangat memuncak ketika rakyat menyokong reformasi Anwar Ibrahim tetapi   orang ramai tidak bersuara secara terbuka seperti sekarang yang merangkumi semua peringkat rakyat.

Saya tidak perlu menambah cerita tentang sentimen anti Najib dan Rosmah yang panas memuncak di seluruh negara sekarang yang dapat kita ciumi,dengar dan lihat di mana juga kita pergi;dipejabat kerajaan , di surau atau masjid apatahlagi di kedai-kedai mamak.

Hanya satu permintaan saya kepada JASA,Polis Bahagian Khas( SB), Perisik Tentetra dan juga jentera-jentera UMNO berilah tahu secara jujur dan terus terang akan perasaan sebenar rakyat terhadap Najib demi keselamatan UMNO dan orang Melayu.

Semakin kuat kempen memburukan Mahathir di TV dan akhbar-akhbar UMNO semakin memuncak kebencian dan kemarahan pada Najib.Orang yang waras tidak melihat faedah kepada Najib atas beberapa isu yang cuba dipanaskan walaupun sebenarnya tidak lagi panas.

Umpamanya penduduk di kawasan Felda memberitahu saya" Kami tak tahu kisah BMF, itu kisah 30 tahun dahulu,mana kami nak ingat"

Orang di bandar-bandar lagi sinis. Mereka kata Najib dah habis modal. Nampak benar dia cemas dan panik.Macam macam ditimbulkan nak lupakan rakyat tentang harga barang mahal,harga minyak naik dan juga harta-harta negara dijual pada China.

Isu-isu yang digunakan untuk memburukan Mahathir dilihat sebagai suatu pengakuan Najib terhadap keburukannya dirinya sendiri" Apa salah kami membuat yang buruk kalau Mahathir membuat keburukan yang lebih besar." tetapi cerita basi tidak digemari manusia
Kata mereka soal Batu Putih ditimbulkan untuk melupakan rakyat terhadap kenaikan harga barang,harga minyak dan sebagainya,tetapi rakyat lebih cepat percaya kepada sebaran kabar angin Azmin mengatakan seorang lagi menteri akan berhenti kerana tak mahu bersubahat dengan 1MDB

Jika sekiranya maklum balas ini tidak mahu diterima oleh orang UMNO,BN dan juga pihak perisikan maka konklusi saya ialah" Nak mampus,mampuslah UMNO". Apa nak buat lagi nasihat semua pihak yang ikhlas,yang sayangkan UMNO, tak dipedulikan.
.

100 comments:

  1. Memang dah time mampus pun UMNO/BN tu Tan Sri. Rotten to the core. Dah tak boleh nak diselamatkan. Terlalu corrupt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tahun 1990 dahulu pun sama juga . Dah siap dah batal pun UMNO

      Delete
  2. Terlalu korup dan terlampau lampau BODOH!
    UMNO is a beast, an angel too. Not to few but to many. The way the oppositions are going like it or not BN n UMNO rule. Whatever's ' Pi Mampuih Laa UMNO ' Go to Hell is whats UMNO many replies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before This Even on Mahathir Tyranny also he Faced a very same problem.

      Delete
    2. 15.26...what mu spiking ni fren, exactly mu mean what? Not understeng.

      Delete
  3. Nana Zam saya nak tanya sikit, zaman pemerintahaan TDM tak habis-habis Pas dok persoalkan bab hudud macam orang cakap tak kering gusi.Tetapi semasa pemerintah selepas TDM jarang-jarang/kadang-kadang kedengaran soalan bab hudud ini dilaungkan oleh pas apakah mereka-mereka ini mulutnya telah disuap supaya diam?.

    ReplyDelete
  4. Salam tan sri,
    Saya setuju dengan pendapat tn sri.
    Diperingkat permulaan saya mengharapkan menteri kabinet bersatu mendasak najib undur, tapi hampa.
    Kemudian harapan pada ketua bahagian, juga hampa malah mereka berikrar taat setia pada najib.
    Terakhir dalam perhimpunan agung umno supaya ada usul untuk desak najib undur, juga hampa.
    Ketika PAK LAH PM, saya dan kawan-kawan turun kempen untuk bn di permatang pauh, umpama "burung unta" untuk lawan azizah calon pkr.
    Walaupun ramai pengundi tidak sokong azizah, tapi mereka juga tidak mahu menangkan bn yang berPMkan paklah. Macam-macam kata nista dari pengundi yang kami terpaksa terima.
    Ketika itu apalah sangat isu yang ada dipihak bn jika dibandingkan dengan najib. Akhirnya bn kalah.
    Atas rasa kecewa saya dengan sikap ketua bahagian yang masih mempertahankan najib, maka dengan rasa teramat kecewa saya tinggalkan umno. Ahli diakar umbi macam saya, apa yang boleh dilakukan untuk singkirkan najib jika tidak mampuskan umno terlebih dahulu. Ini jihat saya dan kawan-kawan yang juga ahli umno dalam menghadapi pru14.
    Sekiranya tun tidak tubuh BERSATU sekalipun, kami tetap kempen untuk parti lawan, dan tetap akan pangkah pembangkang hatta DAP sekalipun asalkan bukan UMNO/BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya adalah ahli umno, kata ku nan ahli yg tk puas hati hendakla disalurkan melalui saluran yg betul, jd caw saya telah meluluskan usul sebulat suara tanpa ada seorg ahli yg hadir bantah, iaini utk najib berundur dr presiden umno dn ada 28 caw yg bwk usul yg sama di bhg saya, dn pd persidangan bhg usul ini telah diterima tanpa bahas oleh ajk bhg dn diangkat ke umno pusat, tiba pau tkde pn usul ni di bentang dn g7 bhg saya buat bodoh je, nnpk tk konspirasi oleh unmo pusat dn bhg tk ke dia org anggap ahli umno di peringkat cawangan semua sbgai pariah

      Delete
  5. Salam TS Zam.15 tahun yg lalu saya sering berurusan berniaga dgn Tanahair(Malaysia)kerana saya lahir dibumi bertuah.Tapi sejak 4 tahun terakhir ini saya dah tak berurusan dgn berniaga di Malaysia kerana susah orang nak bayar saya.Sebetulnya sebagai warga negara Malaysia yg sudah bermastautin 17 tahun di Indonesia,jujur saja,saya lebih banyak buat duit sejak 4 tahun lalu dengan hanya tumpukan perniagaan saya di Indonesia walau ada yang kata berniaga di Indonesia susah dan tak selamat.Saya ok..ok.aja.

    ReplyDelete
  6. walaupun kata-kata kesat dilemparkan kpd mereka dgn tujuan nak menimbulkan keinsafan Tan Sri akan tengok pembesar Umno ni tetap tidak sedarkan diri.

    ReplyDelete
  7. Jgn bgtau lg baik biar dia mampos,dia rasa dia kuat.

    ReplyDelete
  8. Kau dulu mampus sebelum UMNO..

    ReplyDelete
  9. begitulah situasinya Tan Sri Zam,

    kadang2 sungguh melucukan...

    cuba ini. Teuku Adnan kata pengundi Cheras perlu melakukan kejutan dengan mengalahkan Tan Kok Wai di Cheras pada PRU akan datang.

    kemudian Syed Ali pula kata dalam blog dia: "Pakatan pembangkang yang kini bercakaran sesama mereka tidak akan memberi saingan sengit kepada Umno dan BN khususnya dan kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen".

    Tapi hakikatnya...

    Keputusan Parlimen Cheras Pru 13 : DAP 48,249 undi dan BN-MCA hanya 10,840 undi.

    Majoriti = 37,409 undi.

    Jadi Teuku Adnan dan Syed Ali ni nak bodohkan siapa...atau siapa sebenarnya yang bodoh????

    Jadi kata2 keras macam Tan Sri memang padan untuk mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP dah cabar Ku Nan bertanding di Cheras. Ada beran Ku Nan? Apa barang bertanding di Putrajaya yang 90 peratus kakitangan kerajaan..

      Delete
    2. itu kawasan milik orang mca tak akan umno ambil pulak perjanjian tetap perjanjian

      Delete
  10. xbaik la nk mampus2 kn org lain ingat lah kita semua akan mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mampus kan orang.. mampus kan UMNO.. UMNO bukan manusia. Lagi baik mampus dari dipimpin oleh orang2 yang syok sendiri dan kaki ampu.

      Delete
  11. Perantau 16:59,
    Anda benar. Perolehan RM1 di Malaysia terasa panas tetapi walau hanya RP1,000 di sana terasa sejuk dan berkat. Seolah-olah Malaysia bukan lagi surga untuk peniaga. Seperti ada yang tidak kena. Bukan saja dari nilai matawangnya, struktur harga juga sudah cacamerba maka untung rugi pun tak tentu hala. Tunggu masa berduyun-duyun rakyat Malaysia naik tongkang ke sana jadi TKMATI (Tenaga Kerja Malaysia Tanpa Ijin). Wak satay dulu rasanya lari ke seberang. Tak gitu TS Zam....: Naza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komentar.

      Delete
  12. Bila bersatu nak tubuh cawangan. Saya cari borang tapi hampa. Saya tinggal di taman tas kuantan. Kalau betul nak lawan kena ada cawangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh daftar online kat website rasmi PPBM

      Delete
    2. siapa ketua cawang kuantan dah lantik ke belum. pru tak lama lagi ini bagi pejalanan demokasi di malaysia ini

      Delete
  13. Mahfuz Ibrahim Sungai Dua12 February 2017 at 19:01

    Hadi kata Pas tak boleh kerjasama dengan Bersatu kerana berkerjasama dengan DAP dan Amanah. Orang Pas pun tak pakai cakap awak lagi.awak ulama yang munafik dan lidah bercabang. Dulu kafirkan UMNO dan sekarang kerjasama dengan parti " Kafir" ini. Maka itu bukanlah mustahil,jika demi keselamatan Pas, awak nanti boleh keluarkan fatwa Pas halal kerjasama dengan Bersatu. Awak bukan ulama tetapi sebenarnya hanya penjual ubat yang menjual ayat-ayat quran dan hanya layak jadi guru silat politik agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedara nak marahkan haji hadi silakan tapi tolong jgn heret silat dan agama dlm komen awak.

      Delete
    2. benar sekali.parti pas ada lah parti yg menjual ugama islam dan selalu sangat mengemis.bila ada ceramah politik tabung pun berjalan minta diisi lepas duit dah ada dia orang balun.makan sedap sedap tidor hotel pakai kereta mewah.dulu kata umno haram jadah la ni berkhalwat pulak dengan nya.ulama jenis apa org pas ni cakap macam pundek.celaka.la nak kawan dengan umno.dia tak tahu umno kaki main depan belakang

      Delete
    3. Saya setuju benar dengan pendapat Mahfuz Ibrahim Sungai Dua & Anon 09:31.

      Lebai-Malang berpakaian-mencerminkan Agama macam mereka inilah yang paling banyak mencemarkan emej dan menyebabkan Agama kita dipandang serong oleh Bukan-Islam.
      Mana tidaknya... mereka tergamak 'tutup-mulut' pasal kehilangan sebegitu besar WANG Rakyat melalui 1MDB-Najib & Jho Low.

      Terima-Kasih.

      Delete
  14. Janganlah ingat bila tiga orang DAP keluar parti akan menguntungkan UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi janganlah buat konklusi yang mudah. Lihatlah dari segi keuntungan kepada perpaduan parti pembangkang dan juga kepada imej Mahathir dan kepimpinan Mahathir kerana apapun yang berlaku ketidaksenangan rakyat terhadap kepimpinan Najib tidak akan dapat dapat diatasi. Ada faedahnya kepada DAP dalam kejadian ini.Orang politik yang cerdik dapat baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat setuju dengan pendapat Saudara Darusalam.

      Hakikatnya, 3 orang DAP yang keluar masih tebal semangat chauvinist atau impian 'Malaysian-Malaysia' dan ini sudah tentu tidak akan sokong atau berbaik dengan UMNO & PAS.

      Mereka tidak sehaluan lagi dengan Kit Siang yang seolah-olah sudah berlembut & puas-hati dengan 'semangat' 1Malaysia, ilham Najib... apabila Kit Siang sanggup bekerjasama dengan Dr.M (Bersatu) yang mahu mengantikan UMNO-Najib dan mengekalkan status-quo Politik perkauman.

      Yang jelas... Persahabatan dengan PAS dahulu... dan scandal 1MDB telah berjaya me'lembut'kan Kit Siang dan DAP menjadi seperti MCA zaman awal kemerdekaan dahulu yang menerima sokongan padu Kaum Cina.

      Adalah jelas... hari ini... Kerajaan Komunis China lebih mempercayai MCA dari DAP. Maklumlah, DAP dianggotai, kebanyakannya dari fahaman Evangelist, sama seperti mereka mencurigai Taiwan & Hong Kong yang mahu bebas dari jajahan 'Tanah-Besar'.
      Teringat saya pada Hew Kuan Yau, (bekas-DAP, sudah dipecat) yang pernah berdemontrasi 'Umbrella' di Hong Kong dahulu.

      Delete
  15. Saya pergi ke Thailand baru baru ni, dulu peniaga yg selalunya saya berurusan boleh menerima RM Makaysia tanpa perlu saya tukar di money changer sebab nilai duit kukuh.

    Tapi baru2 ni saya pergi Thailand, mrk dah tak terima duit kita mcm dulu lagi. Kena pi money changer dulu. Duit kita dah tak dihormati. Memalukan betoi najib ni. Suruh turun tak nak turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan peniaga thailand (termasuk peniaga kecil spt yg jual pisang goreng tepi jalan) paham isu 1mdb, sebab ianya dilapor secara meluas oleh media mereka. Sebab tu la mereka tak yakin dgn nilai ringgit, mereka tau ekonomi dan nilai ringgit merudum kerana isu 1mdb.

      Delete
  16. Bila tiba time PRU nanti....pelbagai bantuan akan dihulurkan. Maka bersyukurlah pakcik makcik felda dan orang2 kampung. BN akan menang. Tapi negara akan jadi macam sri lanka nanti. Orang kampung tak tau apa terjadi di sri lanka, malah tak mau ambik tau pun. Orang PAS lagi la, apa dia orang tau...kalau takat jerit2 pasal rohingya tu tau la kot.

    Tapi dgn orang bandar, BN tak boleh kelentong lagi...sebab tu lah tak dengar lagi slogan dan terma spt BN menang rakyat senang, PR1MA (baru 10,000 unit siap), negara berpendapatan tinggi, GST beri faedah pada rakyat, melayu glokal, pembangunan modal insan, dll ...kerajaan pun tak sentuh lagi soal graduan menganggur, sebab ramai sangat.

    ReplyDelete
  17. Selagi PAS berada diluar Pakatan Harapan selagi tu Najib tak akan berundur....UMNO yakin menang besar dg PAS tidak ada bersama Pakatan....ini disampaikan olih ketua bahagian kami...jika PAS bergabung dg Pakatan masa itu ketua2 bahagian akan bertindak..kalau bertindak sekarang....kami mampoi kata ketua bahagian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaada PAS masih dalam Pakatan Harapan atau berada diluar Pakatan Sekalipun , Kami tetap berdiri sendiri . Kalau UMNO rasa mereka mahu mempergunakan kami, sebenarnya kami yang mempergunakan UMNO sekarang .

      Delete
  18. How i wish all politicians are like Trump....no, not his ideals; but his say-what-i-mean-and-mean-what-i-say style. Better than our kona kiri kona kanan politicians yg bikin malu pada agama bangsa dan negara. And i disagree with mr tan melaka yg kata zahid boleh selamatkan umno. Umno masih selamat kerana orang kampong dan orang sabah sarawak akan terus undi bn...sad but true.

    ReplyDelete
  19. Karier politik anda yang sudah berkubur, kini nampak sgt anda cuba nak masuk semula politik dengan kutuk-kutuk kerajaan sebab anda tahu hanya cara itu yang konon-konon dapat tmpt untuk pengaruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahlol betul awak,tak kenal saya tak usahlah buat persepsi yang menyebabkan orang ketawa pada awal. Awak ingat saya macam beperangai buruk macam banyak orang UMNO yang tak puas puas walaupun sudah hidup mewah dan kaya raya tapi tak cukup-cukup.
      Janganlah ambil contoh ketua bahagian awak.Saya wartawan yang politik bukan darah daging saya.Orang kenal saya sejak lebih 40 tahun dahulu bukan kerana poltik. Saya tak perlu masuk politik untuk disanjung orang

      Delete
    2. Salam saudara ibnu k,
      Kalau dilihat dari penulisan tan sri zam, beliau masih sayang dan menaruh harapan pada umno.
      Apa yang saudara zam kemukakan adalah realiti diluar sana yang pahit dan terpaksa ditelan oleh pemimpin umno.
      Saudara sendiri boleh mendapatkan maklumat dengan mencampuri setiap lapisan masyarakat. Cuba anda bertanya dari hati kehati apa pandangan mereka pada kerajaan sekarang. Tak perlu banyak, cukup dengan 10 orang yang anda temu secara rambang. Disitu anda akan dapat menilai sendiri apa yang saudara zam katakan samada benar atau tidak. Jangan berpaksi pada kelompok anda saja.

      Delete
    3. Saya setuju dgn pak zam dan bro joe.

      Tapi percayalah bahawa UMNO hari ini dikuasai oleh orang-orang yang punya pemikiran macam Ibnu K ni.

      Daripada pemimpin atasan sampai pemimpin bawahan otak hanya fikir dedak saja.

      Bila dibangkitkan isu seperti pak zam bangkitkan maka dikatakan itu demi dedak.

      Saya setuju dengan semua pendapat yang mengatakan UMNO dah rotten to the core.

      Rumah kalau dah rosak teruk dimakan anai-anai maka satu2nya jalan yang selamat ialah robohkan rumah ini dan dirikan rumah baru.

      Saya menunggu hari pak Zam umumkan tinggalkan UMNO dan sertai PPBM.

      Delete
    4. Setuju ts zam, ramai yg bahlul...bila tun giat aktif politik semula pon mereka kata sebab nak naikkan mukhriz, walhal tun yg paling lambat bangkit isu 1mdb berbanding tony pua dan rafizi. Kpd saudara ibnu k, tak kira di mana anda tinggal, cuba sekali sekali pergi majlis anjuran umno. Tengok dgn mata kasar sendiri orang jenis macamana yg hadir, ada tak hadirin peduli ngan pemimpin yg hadir, kecuali lah yg berjawatan dan ahli keluarga siap ngan baju dan topi umno. Look, listen, digest....and think.

      Delete
    5. Kalau setakat nak buat bad sentiment, lupakan sahajalah.

      Semua bersembang kata UMNO hanya dalam kelompok sendiri , tapi pada hakikatnya UMNO masih tetap sama seperti dahulu. Yang berkurangan hanyalah mereka yang berkempentingan membelakangi rakyat sahaja.

      Nak tanya juga , takkanlah setakat hanya dengan 23 komen Anonymous sahaja boleh mampu mengubah persepsi?

      Delete
    6. Tan Sri, saya amat kenal dan amat rapat dgn Tan Sri satu ketika dulu, adik beradik Tan Sri pun rapat dgn saya, saya pun pernah dimarahi oleh Tan Sri sendiri dengan kasar. gaya penulisan sendiri pun kadang-kadang saya tengok kasar. Ke mana etika penulisan Tan Sri dulu sebagai wartawan, bukan saya mempersoalkan tetapi amat berbeza nada Tan Sri sekarang ini.

      Selepas lama Tan Sri tak jd Menteri Penerangan, lama jugak Tan Sri menyepi dari mengkritik kerajaan, kenapa bila org2 lama mula dapat tempat dalam pembangkang, Tan Sri bersuara semula? amat mencurigakan Tan Sri.

      Delete
    7. Sebab saya berhadapan dengan pemimpin politik yang tidak berperadaban yang menjadikan samseng samseng sebagai wira dan bukan orang parti yang tidak berkeredibiliti sebagai pembela,berkawan dengan parti Islam sesat yang merupakan musuh utama UMNO.
      Tidak perlu curiga dengan saya dan kalau awak nak curiga dengan saya,saya peduli apa sebab pendirian politik saua tidak bermotif kepentingan diri saya tetapi kepada maruah bangsa dan agama.Kalau Allah panjang umur awak,awak boleh lihat. Bersatu telah pun menawarkan penyertaan saya tetapi saya tolak. Umur saya dah 77 tahun.awak ingat saya gila nak jadi menteri ke?

      Delete
    8. Saya sokong penuh pegangan Tan Sri. Tak jadi ahli Bersatu lebih elok. Nanti diambil kesempatan pulak. Maklumlah Tan Sri ada... 'nama' atau 'stature' tersendiri.

      Saya pun sama, masih belum berdaftar... masih tunggu & lihat.
      Namun... keutamaan-teratas undi dan sokongan saya sekeluarga adalah kepada kemenangan Bersatu dan party-party yang bergabung dengan Bersatu.
      UMNO & PAS... boleh pergi mampus.

      Delete
    9. Agaknya Sudara Ibnu K ni spesis yang bodoh alang .. atau oghang noghori cakap "bungko" .. padan dengan muka dia yang pernah di marahi dengan cara kasar oleh Pak Zam yang budiman itu.

      Delete
  20. Salam Tan Sri.

    Maaf berkata...sy tidak nmpk yg Zahid berkemampuan untuk memulihkan Umno.

    Umno sudah parah teruk..'beyond repair'.
    Zahid 2x5...serupa sahaja.

    Apa kelainan yg boleh kita harapkan lagi dari BN atau Umno...untuk membetulkan atau menebus segala kerosakan yg telah dilakukan pd rakyat atau negara selain digantikan sahaja.

    BN dibawah Umno spt satu kanser yg menular teruk umpama kaki yg sudah reput kerana kencing manis kronik hanya perlu dipotong sahaja.

    Memburukan Tun M spt lontaran sdra diatas hanya menambah benci rakyat lagi....bukan pd Tun M tetapi pd Presiden dan Umno secara keseluruhan.

    Ku Nan ...Syd Ali...Jamal Tongkol termasuk Zahid...Salleh Keruak...Rahman Dahalan dll adalah 'hulubalang' Parti yg hilang plot spt Ketua HZ juga.

    Merapu spt org2 yg hilang akal...atau mabuk...kerana 'overdose' dedak.

    Fasa 'damage control' dlm Umno sudah berlalu....cuma perlu dipotong dan digantikan sahaja.

    Sudah smpai masa..rakyat terutama Melayu menerima hakikat... Ketua2 Parti telah terkeluar dari landasan dan gagal memimpin negara dgn baik..dan wajar dinyahkan sahaja.

    Dan demi bangsa dan ugama org Melayu mesti menolak Ketua yg penuh kontroversi...lemah dlm tadbir urus negara selain disyaki mencuri 'CBT'...berbohong dsb.


    Zahid bukanlah 'solution' dlm perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Saudara Msh.

      "Zahid bukanlah 'solution' dlm perkara ini."

      Delete
  21. TS, saya nak balas komen Tan Melaka,
    Kalau Zahid Hamidi benar2 berpengaruh dan mempunyai pengelaman yang luas, dah pasti telah susun strategy untuk memaksa Najib berundur. Merayu untuk confirmed dan tak dipedulikan, dah bolih nilai

    ReplyDelete
  22. Apalah yang dah jadi Pada Anwar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg jadi pada pemimpin tak penting...mereka menawarkan diri utk berkhidmat, pahit manis politik sendiri tanggung, untung rugi politik sendiri tanggung. Yg penting apa nak jadi dgn ekonomi negara, rakyat, nilai ringgit, tahap pembelian rakyat, tahap sistem pendidikan, halatuju glc, hutang negara, masa depan anak2 kita yg kian hari nampaknya lebih malap dari generasi kita yg dah mampu miliki rumah dan simpanan...ramai yg skeptikal dan pessimistik la ni

      Delete
  23. Setakat nak kata umno nak mampos bolehkata..penulis artikel ni pun bekas pengecat dlm umno juga.

    ReplyDelete
  24. UMNO mempunyai tiga juta ahli dan yang menentukan penggiliran kuasa pucuk pemimpin. Majoriti masih meyakini dan mempercayai kepimoinan Najib. Dalam hal mendesak Najib turun adalah mengkhianati kepercayaan pengundi dan pilihan ahli UMNO sendiri. Adakah dengan kehendak individu membolehkan Najib turun ? Di mana amalan demokrasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut demokrasi... BN dah kalah undi popular, PRU13. Guna kaedah 'gerrymandering' je, UMNO-BN boleh menang.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  25. Alahai Tan Sri... tak perlulah sibuk sangat nak jaga rumahtangga orang lain. PPBM pun belum tentu mampu menang satu kerusi pun. Niat Tan Sri dan kawan2 yg menyokong Mahathir bukan kami tak tau... semuanya untuk tembolok sendiri yang tak pernah cukup.

    Najib terpaksa mewarisi keborokan Mahathir dan hari ni nak disalahkan beliau? Jika diikutkan, Malaysia ni dah lama maju sejak 30 tahun lalu kerana kaya dengan hasil minyaknya. Kami tak kata, tapi yang bercakap begitu adalah Kit Siang sendiri.

    Semua tuduhan mencuri, merompak dan penyangak wang negara sejak 30 tahun lagi... bukannya dari mulut Najib tapi mulut Kit Siang dan Anwar. Apakah Tan SRi nak nafikan?


    Janganlah pura2 tak faham kenapa rakyat sekarang terpaksa tanggung bebannya dan jangan pula terlupa, tiada UMNO sehingga sekarang... Tan SRi mungkin terpaksa jual surat khabar lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam, ini gulongan bahlol. Semua penyokong Najib macam nilah mereka tidak dapat menilai dan menyokong membabi buta. Niat saudarfa baik ,siapapun baca sdra nak bagi feed back tetapi bahlol ini penuh dengan sentimen. Biar depa mampus zam

      Delete
    2. Alahai 15.32...fakta pon salah. Najib waris umno dari pak lah la. Mahathir dah pencen lebih 10 tahun. Kau ketinggalan.

      Delete
    3. Anon 15:32.

      Tolong beritahu siapa Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low dan apa keuntungan, Rakyat & Negara perolehi dari keterlibatan mereka dalam urusan Kerajaan.

      Lepas tu baru kita cerita, bagaimana Dr.M songlap WANG Rakyat, lebih banyak dari Najib.

      Delete
  26. Memalukan sebagai bekas Menteri. Najib adalah Perdana Menteri terbaik untuk penduduk Sarawak setelah 22 tahun di ignore oleh si haprak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak kuat bukan kerana Najib tetapi kerana Adnan dan kemenangan kelak bukan kerana Najib tetapi kerana semangat Adnan masih kuat dan Najib akan menumpang sekupang.

      Delete
    2. Di ignore? Habis taib buat apa untuk negeri kamu? Dan habis kenapa selama 22 tahun orang2 sarawak undi untuk si haprak tu? Where is your logic? Kalau orang sabah kata gitu, ada logiknya, sbb PBS dan pairin pernah keluar BN. Mau auta pon logik la sikit, most probably you are not even a sarawakian.

      Delete
    3. Tahun lepas Adnan satem pernah kata putrajaya bodoh. Go figure putri santubong.

      Delete
    4. P. Santubong, poster najib ada tak masa PRN sarawak tahun lepas?

      Delete
  27. Negara kita sedang runtuh.. hihi.. tetapi masih boleh minum kopi di warung... lari lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setakat ini masih boleh minum kopi tetapi adakah awak baca hari ini Bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara Sheriff Mohd Kassim mengesyorkan supaya dikurangkan kakitangan kerajaan kerana negara tidak lagi mampu untuk beterusan menangung tenaga yang berlebihan.
      Kenapa in perlu sekiranya PM Najib mahu memberikan kemakmuran pada rakayt dan mahu menjamin rakyat boleh dapat terus minum kopi dan teh di kedai mamak.

      Tidakah ini menunjukan bahawa Najib sedang membawa negara kearah keruntuhan. Bagi saya anjuran ini adalah realistik untuk menyelamatkan negara tetapi tidak baik kepada rakyat. Rakyat akan hilang kepercayaan dan inilah akibat kita tidak mempunyai pemimpin yang lebih mementingkan diri dan isteri dan tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. Adakah rakyat menghadapi kebimbangan seperti ini di zaman Mahathir?

      Delete
  28. Karier politik awak dah hampir malap sama sperti Tun M. Apa yang cuba kamu berdua nak lakukan pada masa ini hanyalah menipu bau busuk bangkai yg telah kamu berdua lakukan pada masa lampau. Adakah menjatuhkan DS Najib dan menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri mampu menutup bau busuk bangkai itu untuk selamanya? Ingatlah, kamu berdua mampu menipu dan terus menipu orang ramai, tapi Allah s.w.t lebih mengetahui semuanya. Bertaubatlah sebelum ajal menjemputmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah??? Ni apa pula cerita meroyan ni? Bau bangkai apa kau cakap? Kalu benar ada bau bangkai lama, kenapa di zaman pak lah tak bongkar? Sapa nak naik kan mukhriz? Ni la contoh 6.6% yg meroyan tak tentu hala vila layar dilebar sauh dilabuh kapal pusing kiri kanan.

      Delete
    2. Anon 18.24
      Pak Lah ditumbangkan oleh siapa?
      Tun Mahathir kan. Mengapa Pak Lah ditumbangkan? Sebab nak bersihkan nama baik UMNO dari terus menjadi busuk kerana perbuatan Tun Mahathir. Awak tanya Zam sendiri. Penulis Artikel ne lebih kenal siapa Tun Mahathir. Punca Pak Lah dijatuhkan oleh Tun M;
      1. Naikkan Mukhriz.
      2.Jambatan Bengkok dibatalkan
      3. Pampasan dibayar kepada Arwah Tun Abbas Salleh kerana dipecat oleh Tun M.
      4. Pembebasan Anwar Ibrahim.
      5. Projek2 Kroni mula dihalang.

      Semua ini satu Malaysia tahu, yg pura2 tidak tahu hanyalah segelintir Pentaksub Tun Mahathir dan Rakan Sekomplot Mahathir seperti penulis artikel ini.
      Oleh itu, cerminkan diri sendiri sebelum nak mengata dan memburuk2kan DS Najib.

      Delete
    3. 15.55...apasal kau ni bengap sangat? Memang tun bantu jatuhkan pak lah...tapi yg benar2 jatuhkan pak lah ialah rakyat di 6 negeri (termasuk wilayah persekutuan) dan rakyat bandar yg sebabkan BN hilang majoriti 2/3...selepas itu yg jatuhkan pak lah ialah MT Umno. Kau ingat rakyat bodoh macam kau? Kita tak taksub tun, kita lihat pada fakta. Faktanya juga ialah tun tak burukkan najib....dia cuma tanya persoalan2 pasal 1mdb. Salah ke? Orang macam kau ni 24 jam paksikan tv3 dan utusan, sebab tu la bahas pun tahap felda.

      Delete
    4. Anon 1555 secara langsung menobatkan kehebatan mahathir...mahathir dan rakan sekomplot tumbangkan Pak Lah! Wow, hebatnya dia!..Inilah masalahnya 6.6% bila berbicara tanpa akal.

      Delete
  29. Saya orang luar. Melayu Singapura. Dan isteri saya warga negara Malaysia. Seluruh adik beradik saya seramai 6 orang semuanya warga negara Malaysia.

    Dulu zaman TDM saya bangga Melayu menjadi tulang belakang pemerintah Negara Malaysia yang tunjangnya bangsa Melayu.

    Tetapi kini saya rasa benar2 hampa pemimpin Melayu Malaysia waktu ini adalah lebih kafir dari kafir. Waima pemimpin parti pemerintah atau yang berlandaskan Islam kononnya.

    Mereka umpama DAJJAL berpura2 macam ilmuan Islam.

    Saya telah maklumkan isteri saya yang menyokong UMNO tegar. Kali ini jangan undi BN lagi. Kita kasi lingkup UMNO. Beri peluang PEMBANGKANG perintah Malaysia tak lama 5 tahun saja. Jika mereka pun sama 2 kali 5 macam BN. Next election PRU ke 15 lingkupkan pula paryi pembamgkang.

    Saya benar2 berharap ada jenderal di Malaysia seperti Gen Rabbuka dari Fiji dan Gen Prem dari Thailand yang dapat selamatkan Malaysia.

    Saya berdoa NAJIB. ROSMAH DAN MEREKA YANG BERSRKONGKOL DENGANNYA DALAT DISUMBAT KEPENJARA SELEPAS PRU KE 14.

    YA ROBBUL JALIL. KABULKAN DOA RAKYAT MALAYSIA YANG DIANIAYA NAJIB DAN MEREKA YANGVL SERAKAH.

    AMIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan aku mudah je dulu ramai doakan umno jatuh tapi tak jatuh juga. selagi dap tak mahu ubah pelembagan dia selagi itu orang melayu akan sokong umno itu ada faham sebab itu tuhan tak makbulkan doa anda itu

      Delete
    2. Nasir Tamara. Gurun Kedah13 February 2017 at 20:46

      Janganlah berkhayal,face the realities,doa rakyat telah menjadi reality,UMNO tidak lagi mempertahankan dasarnya.Habis tanah negara dijual pada China oleh pemimpin negara.Tanpa DAP ubah perlembagaannya dan tanpa doa rakyat pun UMNO dah jatuh kerana yang menyokong UMNO bukan kerana pertahankan prinsip tetapi pertahankan dedak. Keluarlah dari bawah tempurung.

      Delete
    3. era tun mahathir dulu habis jual pada jepun untuk buat kilang adakah umno akan dijatuhkan jawapan nya dapat bagi perkerjaan pada rakyat tempatan, era tun mahathir dulu pun boleh perkampungan korean di ampang adakah umno boleh jatuh aku tengok kilang korean lebih minat buka kilang di indonesia je, era tun mahathir pun ada buat kampung jepun di subang adakah buat umno jatuh. pembangkang di malaysia berminpi je.
      tanah apa kita jual pada china sila jawab ia di negara uae banyak rumah mewah dijual pada warga asing adakah uae itu di jajah sila jawab

      kalau macam itu kau suruh tun mahathir mengaku dia silap buat dasar rumah keduaku itu

      sekarang siapa katak bawah tempurung ia

      Delete
    4. Anon 22.50

      Persoalan yg Anon 22.50, kena jawab:

      1). Cam mana katak tu boleh masuk bawah tempurung?

      2). Bandingkan impak & intensiti, Chedet sewa tanah pada Sang Samurai dan Sang K-Pop dengan jual tanah status "urban centre" cecah ribu ekar pada China.

      3). Yang buat bernanah tanah itu diambil drp kerajaan dgn harga puloh ringgit je skp. Kunonnya untuk dibuat rumah mampu-milik untuk rakyat yg sentiasa didulukan.

      4). Tapi akhirnya tanah tu dijual pada Sang Kapitan dengan harga ribuan ringgit skp .. cam tu lah kalau nak jadi broker tanah.

      5). Pendapat Anon 22.50 bijak sekali .. Chedet sewa tanah pada Jepun dan Korea mana kita kena jajah. Habis kuat pun Si Gangnam Style, Mappadulung bayar 2 juta hinggit untuk nyanyi 2 lagu dgn gaya separa lucah.

      6). Dulu Raja dan Sultan kita ajak Inggeris untuk tadbir negeri masing-masing .. di jualkasi tanah lombong dan getah, mana ada kita kena jajah .. Raja dan Sultan tetap ada di mahligainya .. malah ramai kalangan mereka dapat keturunan mata biru pula. Kita pun dapat Raja mata biru.

      7). Jadi saya setuju sangatlah dengan pendapat Anon ni.


      Delete
    5. 22.50...tak payah bagitau orang sila jawab itu ini. Mana synopsis buku marcos yg kau kata dah baca? Sila jawab, in english please.

      Delete
    6. Fahamkan dasar yg di bawa Tun M. Dasar industrialization. Dasar pindahkan ilmu dan teknologi kpd rdkyat Malaysia. None of these investors own the factory...cukup tempoh mereka balik semula dan meninggalkan teknologi kpd kita. Contohnya shipyard di Pasir Gudang...masa ditubuhkan dulu Tun M panggil jepun utk mengajar anak Msia bagaimana nak baik pulih kapal dan bagsimana nak membina kapal. Sekarang jepun2 tu dah tak ada lagi disitu kerana org Msia dah pandai buat itu semua. Sebab itu UMNO masa zsmab Tun makin kuat. Tapi Dasar najib pula jual semua kpd Cina...macam Johor...memang katanya hanya strata title tapi seluruh proj itu kepunyaan sykt dari negara cina dan pemilikan tetap. Jadi bila pula org2 cina itu boleh keluar dari Mslaysia. Apa yg kita dapat, teknologi apa yg dipindahkan kpd kita. Jadi saya nk tanya...siapa lagi bahaya Cina DAP warganegara Msia atau cina komunis warganegara Cina

      Delete
    7. panglima potaseh, hang betul pasal raja mata biru. rosnah sy membesar zaman Tun tgh bangunkan industri berat seperti hicom dan proton, mmg tun gigih dan pandangan amat jauh.skrg industri berat kita hampir muflis dibuat oleh pm dan geng2nya. aku yang sgt bangga dgn proton kini teramat marah dgn apa myg depa dok buat. budak bodoh yg tak reti pegang spanar, cuba menala enjin campro

      Delete
    8. jepun tak buat kapal lah di malaysia ini, jangan bohong aku ini, yg aku tahu hanya germen dan perancis ajar kita buat kapal, kalau dah fanatik "fanatik juga, tun mahathir pun kena tipu dengan jepun dalam pembinaan bangunan daya bumi. lupa nak cakap 'yahudi amerika jual syarikat berteknologi pada china jadi apa masalah kita belajar dari china itu walaupun mereka hanya tahu ciplak barang , jepun semasa dia nak maju dia banyak belajar dari amerika malah barang jepun pun banyak ciplak dari amerika dan euro semsa era maharaja maji jepun dulu

      Delete
    9. kenapa semasa era tun mahathir jadi penasihat kenapa proton tak boleh buat untung pelik ia. kata tun mahathir hebat.

      Delete
    10. 21.01 besi buruk sekilo brapa ringgit?

      Delete
    11. Anon 22.11......Kalau Proton tak pernah buat
      untung, dia tentu tak mampu beli LOTUS. Kamu
      ni bangang taw, macam katak bawah tempurung.
      Zaman Tun Det Proton kaya raya, bukan je mampu
      beli dan tanggong LOTUS bahkan beli AUGUSTA dari
      Italy. Tapi si bongok Pak Lah letak PROTON BAWAH
      DANAHARTA. Siapa pegang DANAHARTA masa tu......???
      Dia bukan je kerjakan duit TRANSMILE bahkan juga
      duit Proton sampai PROTON jadi lingkup sampai sekarang.

      Delete
    12. jawapan berikan amat kecewakan aku ini sepatut bila tun mahahthir masuk jadi penasihat patut proton boleh buat untung, kenapa rugi sila jawab ia, kata tun mahathir hebat

      Delete
    13. anon 01:39. banggang...dah tua pun bodoh..

      Delete
  30. Setuju sangat apa yang dikatakan oleh sdr kasim wongsopovera. Pemimpin perlu memimpin bukan untuk mengikut arus.

    ReplyDelete
  31. pantun kerala

    dua tiga anjing menari ,
    mana kan sama si mamak tongkang ,
    tun m dan gengnya jatuh berlari ,
    umno pula dituduh dalang ,

    bandar kerala jauh disana ,
    lidah mamak kutty bercabang tiga ,
    sana sini dok jilat anwar ,
    dgn dap dok kena pijak saja ,

    itu ini semua org salah ,
    dia saja yg betul semua ,
    jilat balik sendiri punya ludah ,
    tak ada malu tak ada maruah ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun 6.6%...pasti dikagumi di kota belud

      Delete
    2. Anon 23.06

      Badak gemok memanjat tiang
      mencuri duit jel menanti
      anon 23.06 ni bodoh piang
      kecik2 tau mau mati

      AsalkanBukanUMNO

      Delete
  32. mau pegi mana? kita pergi ke negara pasir dua butir... zam zam alla kazam
    maka terbanglah tikar itu bersama dengan juragan dan juak-juaknya menuju ke negara pasir dua butir.
    bagaimanapun rupanya telah salah haluan. maka penerbangan diubah kerana tujuan adalah ke negara pasir berdengung....
    zam zam alla kazam...terbanglah tikar itu membawa juragan dan juak-juaknya menuju ke negara pasir berdengung!!!

    fahamlah kita bahawa fantasi di atas adalah fantasi, walau macamana usaha untuk percaya bahawa cerita di atas adalah realiti, hakikatnya ia hanya fantasi. adakah 'zam zam alla kazam' boleh memberi sesuatu yang realistik atau sekadar cerita2 karut dan fantasi semata?

    ReplyDelete
  33. Nampak gaya dari situasi sekarang parti bunga yang akan mampus dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belom cuba belom tahu bang...apa apa pun tunggu PRU 14 nanti. Baru kita tau siapa yg 'siapa yg mampus'.

      Delete
    2. Dulu keadilan pun dekat nak mampus. Tup tup kontrol selangor. Pasal tu yg 6.6% dok perlekeh parti bunga dan tun.

      Delete
  34. Zam Mampus

    1.Bekas menteri penerangan dan bekas wartawan pentadbiran tun m ts zainuddin maidin telah membuat 1 posting yg menghina umno ,

    Agak menjelekkan apabila seorang yg setokoh ts zam gunakan ayat provokasi murahan spt itu utk mendapatkan perhatian kpd entry blog beliau.

    2.sgt menjelekan dan menjijikan cara tulisan seorang setokoh zam yg hebat didlm arena kewartawanan negara , dan ia sdh pasti melambangkan dan membawa maksud amarah zam kpd umno yg amat sgt.

    Zam jelas marahkan umno dan najib razak yg tdk berundur dn tdk semudah itu membiarkan serangan tun m dan kumpulannya keatas umno dan najib razak.

    Jelas sekali zam sbg seorang yg berpemgalaman luas dlm bidang kewartawanan dan sbg menteri penerangan yg sudah berusia emas tdk mampu mengawal emosi diri dan mengambil jalan mudah utk promisi tulisannya yg sdh tdk lagi diminati org ramai dan dipedulikan pembaca ,

    org hebat setokoh zam terpkasa guna cara murahan picisan utk membela tun m yg telah kena check mate dgn najib razak,

    posting zam tdk levih dprd membela tun m dan menyerang najub razak serta cara promosi murahan ppbm yg tdk mendapatvsambutan spt mama diharapkan ,

    beberapa org kuat tun m sendiri tdk sertai ppbm sebaliknya memilih dap sebagai platform politik,ia termasuk org org kanan tun m sendiri.

    dan zam juga sdg dlm percubaan menutup kemelut dalaman ppbm yg dilihat agak runcing dan merisaukan kem tun m.

    3.Kandungan pattern posting zam sama shj spt kandungan maksud posting kadir jasin dan lain lain pemain media pro tun m , iaitu serang najib razak dan kondem rosmah.

    kumpulam media pro tun m dgn jelas tdk mendapat sokongan bantuan politik pkr dap pan pakatan harapan dan ph tdk membantu kempen politik ppbm tun m ,

    perkara ini lah yg hendak ditutup oleh team media pro tun m ,

    mereka gunakan posting kontroversi murahan picisan utk menutup hakikat sebenar yg memalukan mereka iaitu ,

    JENTERA SARAF DAN JENTERA POLITIK DAP PKR PAKATAN HARAPAN YG DGN TERANG TDK MEMIHAK DAN TDK MEMBANTU KEMPEN POLITIK TUN M DAN PPBM,

    DAN ,

    JENTERRA MEDIA PAKATAN HARAPAN LEBIH MAHU DAN LEBIH SUKA MENYERANG TUN M DAN PPBK DAN TEAM TUN M APABILA PASUKAN TUN M GAMBARKAN TUN M ADALAH KETUA PEMBANGKANG DAN BERIKAN FAEDAH POLITIK KPD PH.

    dua tiga kucing belari ,
    mana kan sama si sikucing belang ,
    mereka sendiri jatuh berlari,
    umno pula dituduh dalang ,

    tmx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah...

      Kata sdra..
      "Tun M kena 'check mate'...Umno dihina...
      bla bla".

      Tulisan Zam 'std' murahan...bla..bla.

      Sdra masih tidak nmpk...siapa yg kena 'check mate' disini...Najib ke Tun M.

      Dan sdra melompat bila Umno dihina....kerana sdra penyokong tegar dan marah dgn kenyataan Zam suruh Umno Mampus.

      Inilah dia...sdra adalah contoh org Melayu yg masih tidak faham2 dan melatah bila Parti Keparat ini dihina...sdra cukup defensif sekali.

      Tetapi bila Umno menghina Tun M..sdra rasa ok.

      Dan bila Zam suruh Umno 'Pi Mampus ..sdra melatah'.

      Alahai...sdra adalah dari kelompok Melayu2 yg masih tidak faham2 lagi bahawa Umno sudah parah dan hancur...kerana dipimpin oleh ketua2 yg bersalut najis dan wajar dibuang sahaja.

      Sdra imbaulah kembali...semasa dan sebelum zaman Tun M...Umno tidak pernah dihina hingga ketahap ini....dan jika ada pun bukan dari org2 Melayu sendiri...tetapi dari pihak pembangkang bukan Melayu....tetapi kini...kemana saja kita pergi spt kata Zam.. Umno terutama Presiden HZ dicerca...dimaki...dihamun oleh ramai termasuk bekas2 Umno sendiri.

      Celiklah mata dan fikirlah sendiri..
      ...jgn terlalu defensif dan juga terlalu taksub dgn Parti dan ketua yg disyaki menipu...berbohong...dan terpalit dgn 1001 kontroversi...kecuali sdra pun serupa atau 2x5 juga.

      Syabas Zam kerana berani berkata benar....dan sy menyokong saranan sdra ...'Pi Mampus lah Umno.'

      Delete
    2. Lain kali bila situa beri nasihat tolong la dengar.. Kalau tak nak dengar, jawapanya 'pergi mampus la kamu' .

      Delete
    3. Berapa Najib bayar kau bro?

      Delete
  35. Sesiapapun yang membaca tulisan Zam ini tidak percaya bahawa Zam benar-banar mahukan UMNO mampus tetapi ini luahan perasaan dari kekecewaan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak dapat melihat bahaya sebenar kepada parti kerana terbuta oleh kepentingan diri masing-masing. Dari terus menekan rakyat dengan penipuan dan sandiwara adalah lebih baik parti ini mampus.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum tan sri,

    Kalau yang belah sini nak mampus belah sinun pulak tak menunjukkan kemampuan nak mengganti. Bukan diorang yang mampus, rakyatlah yang mampus. Kalau kesultanan majapahit, srivijaya dan melaka yang gah pun boleh hancur inikan pula negara kita malaysia ini.

    Wallahualam.

    Budak jawa

    ReplyDelete
  37. kadang kadang kita syok sendiri ... contohnya kat tempat kerja kita sendiri .... kita akan ada perasaan , kalau kita berhenti kerja mampus kawan kawan kita yang lain nak buat kerja kita .... rupa rupanya bila kita berhenti kerja ... tiada masalah yang timbul ... kerja tu tetap berjalan seperti biasa saja.

    ReplyDelete
  38. umno xkan mampus stleast utk pru 14.. sbb umno skrg dah pkai jubah dan kopiah

    ReplyDelete