Thursday, 23 February 2017

ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA UNTUK BLOGGER YANG MURTAD

Blogger yang Murtad
DIA MERENDAHKAN DIRINYA KE TAHAP YANG SANGAT HINA
TS Zam.. saya adalah pembaca blog Rokys Bru sejak dari mula lagi, dan saya amat mengkagumi akan ketelusan dan keberaniannya menulis berita yang benar. Dia mempunyai rekod sebagai penulis yang berkredibiliti dan boleh dipercayai. Keberaniannya mengkritik kepada semua perkara yang dilihat tidak betul, tanpa mengira darjat dan kedudukan orang yang terlibat, sehinggakan Sultan Johor pun tidak terlepas dari kritikannya. Itulah yang menambahkan lagi respek saya kepada Rockys..Tapi sayang sekali, itu semua telah berlalu. Kini semua prinsipnya telah terbalik. Saya melihat kini dia cukup kuat membela sesuatu yang selama ini dikritiknya. Kini dia jelas memperlihatkan bahawa dia adalah seorang pemakan dedak makanan binatang, dengan membela segala aktiviti penyamun di negara ini. Dia telah merendahkan dirinya ke satu tahap yang sangat hina, hanya mungkin kerana umpan yang tidak mungkin dapat ditolak. Mungkin kehidupan sekarang memerlukan biaya yang sangat tinggi dan dia terperangkap untuk memilih antara, untuk terus hidup mewah seperti selalu dengan kemiskinan. Sejak setahun dua ini saya tidak lagi membaca tulisannya, kerana saya merasakan dia hanya cuba memesongkan pemikiran kita yang waras, kepada sesuatu yang sangat hina. Tak sangka saya dia sanggup meletakkan dirinya ke tahap serendah begitu..kesiann Rockys
TOKOH WARTAWAN MURTAD
Seperti kebanyakan orang yang waras,saya pun tidak lagi membaca blog Rockybru (Ahiruddin Attan)setelah menyedari kemurtadannya dari keimanan kepada Cardinal Principles of Journalism yang sekian  lama  memberikan kredebiliti kepadanya,diminati dan dihormati.

Bagaimanapun setelah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa dia telah menurunkan tarafnya kepada kewartawanan rimba dengan turut memutarbelitkan fakta yang saya kemukakan terhadap kejadian tragedi di bawah pemerintahan PM Najib sebagai saya menuduh perbuatan Najib maka saya menjenguk ke blognya.

Membaca tulisannya itu saya tidak syak lagi bahawa beliau mempunyai kualiti sebagai blogger pertama untuk  mendapat anugerah Tokoh Wartawan Negara pada malam Wartawan Malaysia anjuran MPI yang akan diadakan pada 21 April depan dengan di hadiri oleh Perdana Meneri Datuk Seri Najib.

Rokcybru bukan sahaja mempunyai kepakaran kewartawanan dari segi membaling batu sembunyi tangan dengan mendakwa fikirannnya sebagai datang dari  orang lain tetapi juga dari segi kejuaraan makan dedak  keperingkat mentahkedarah sehingga busuk muntahnya menyebabkan orang  menjauhkan diri darinya.

Walaupun biasanya anugerah Tokoh Wartawan Negara diadakan berasingan tetapi boleh dipercepatkan supaya dapat disampaikan sendiri kepada Ahiruddin Attan oleh Perdana Menteri dengan menarik balik anugerah  itu dari saya yang olehnya  difikirkan tidak layak untuk menyandangnya.

Saya harap MPI tidak akan merasa tercemar dengan pemberian anugerah ini  kepada Ahiruddin yang mempunyai segala kelayakan  sebagai ketua kepada   bloggers  yang lebih tepat untuk  dipanggil "Goblok"

20 comments:

  1. Saya rasa tidak ada satu patah perkataan pun yang dibazirkan oleh Saudara Zam untuk memperkatakan tentang ulat dalam batu yang masih boleh survive dan bermewah hingga sekarang.

    Skill kewartawanan biarlah kekal ditaraf yang tertinggi seperti A.Kadir Jasin walaupun condong ke barat atau timor.

    ReplyDelete
  2. TS Zam.. saya adalah pembaca blog Rokys Bru sejak dari mula lagi, dan saya amat mengkagumi akan ketelusan dan keberaniannya menulis berita yang benar. Dia mempunyai rekod sebagai penulis yang berkredibiliti dan boleh dipercayai. Keberaniannya mengkritik kepada semua perkara yang dilihat tidak betul, tanpa mengira darjat dan kedudukan orang yang terlibat, sehinggakan Sultan Johor pun tidak terlepas dari kritikannya. Itulah yang menambahkan lagi respek saya kepada Rockys..Tapi sayang sekali, itu semua telah berlalu. Kini semua prinsipnya telah terbalik. Saya melihat kini dia cukup kuat membela sesuatu yang selama ini dikritiknya. Kini dia jelas memperlihatkan bahawa dia adalah seorang pemakan dedak makanan binatang, dengan membela segala aktiviti penyamun di negara ini. Dia telah merendahkan dirinya ke satu tahap yang sangat hina, hanya mungkin kerana umpan yang tidak mungkin dapat ditolak. Mungkin kehidupan sekarang memerlukan biaya yang sangat tinggi dan dia terperangkap untuk memilih antara, untuk terus hidup mewah seperti selalu dengan kemiskinan. Sejak setahun dua ini saya tidak lagi membaca tulisannya, kerana saya merasakan dia hanya cuba memesongkan pemikiran kita yang waras, kepada sesuatu yang sangat hina. Tak sangka saya dia sanggup meletakkan dirinya ke tahap serendah begitu..kesiann Rockys

    ReplyDelete
  3. kesian dato rockys..daripada seorang wartawan yang berprinsip dan berintegriti, kini menjadi sebaliknya..mengapa boleh jadi begini? agaknya disebabkan tawaran dedak bermutu tinggi yang tidak mungkin dapat ditolak, kerana untuk meneruskan kehidupan sekarang ini..cuma ada dua pilihan, nak hidup senang ataupun nak hidup susah, itu saja..kesian rockys, boleh begini jadinya

    ReplyDelete
  4. Dedak yg pertama di-terima nya adalah bila beliau mengetuai
    kumpulan motor berkuasa besar ke Mekah untuk lakukan Umrah.

    Memang betul apa yg di-katakan Rasulullah bahwa ujian ke atas
    umat nya adalah dunia dan segala isi nya. Harap harap kita semua
    ada kekuatan iman apabila di-uji dgn dedak...sikit sekali yg dapat
    menghindarkan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, that motorcycle journey called Kembara Bumi Suci which held back in 2014. He became the chicken feed numero uno ever since and never turn back.
      The fact that he was so indebted and besotted to the guy who poured good money behind the project that he no longer knows to differentiate between the good and the bad. He's now the 'Hang Tuah''s blogger to Zam, Kadir, Apanama, Budin and JMDs' Jebat.
      During Pak Lah's time, these guy were up against Zam, a communication minister who labelled them as goblok and now the table turned to Rocky's corner. Like musical chair I guess it all has come full circle. Pretty much like Mahathir who team up with arch nemesis Anwar and Kit Siang to bring down the kleptocrat regime.

      Delete
  5. Saya bagi pihak wartawan-wartawan Utusan Malaysia amat kesal diatas dakwaan Rocky's bru mengatakan kami tidak senang dengan tulisan Zam di blognya mengenai trajidi di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib.Kami tidak pernah memintanya bercakap bagi pihak kami.
    Itu adalah pandangan peribadinya kerana kami yang memahami bahasa Melayu yang mudah tahu Zam tidak bermaksud demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila habuan masuk ke mata, hilang semua panduan dan pedoman..

      Delete
  6. TSZ,
    Terkejut beruk saya bahwa para karyawan "the fourth estate"
    bisa bertelagah dan melempar susun kata yang orang kebanyakan biasa lakukan.

    Orang siasah bertelagah, ulama bertelagah, cendikiawan bertelagah, wartawan bertelegah- apa lagi yang tinggal bagi rakyat biasa perlu rujuk dan ambil iktibar untuk kesejahteraan dirinya?

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya apa yg berlaku kepada Rockybru is a good example of "Cash Is King". Ethics semua masuk longkang. His writings now semuanya ke arah mencuba untuk menegakkan benang yg basah. How sad.

    ReplyDelete
  8. Sungguh hebat Najib, sama ada kamu bersama aku atau musuh aku.

    ReplyDelete
  9. Ini blogger sama dgn RPK. Boleh jual beli,timbang kilo aje mcm kt pasar.

    ReplyDelete
  10. Biarlah TS Zam. Dia telah memilih jalan yang difikirkan lebih selamat dan terjamin. Biarkanlah dia. Apa gunanya hidup bahagia sendirian di dalam dunia yang porak peranda dan penuh derita akibat tangan penguasa yang jahat. Hanya memikirkan tembolok sendiri. Itu selfish namanya..

    ReplyDelete
  11. TS ZAM,
    Setiap kebenaran yg TS utarakan maka harganya terlalu mahal utk dibayar....mungkin byk lagi penghinaan,cercaan yg akan TS hadapi dimasa depan......mungkin juga dunia ini hanya sesuai untuk manusia hipokrit sahaja.......

    ReplyDelete
  12. perubahan mendadak sejak makan dedak..terasa diperbodohkan bila membaca blognya..

    ReplyDelete
  13. Saya dah lama dah memusuhi blogger penipu ni......tentu saudara2 masih ingat yg sipenipu ni pernah memfitnah Rais Yatim satu ketika dulu ??....sesuaikah makhluk seperti ini nak diangkat sampai kepada "Tokoh Wartawan Negara".....apakah jasa2 beliau sehingga nak diangkat ketahap itu??...bukankah jasa beliau hanya setaraf dengan Raja Petra??...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kah blogger boleh di iktiraf sebagai seorang wartawan?

      maybe kita ada kan anugerah Tokoh Blogger Negara. lebih tepat!

      Delete
  14. tan sri,

    dia bukan wartawan dah. rocky ni dah jadi binatang ternakan

    ReplyDelete
  15. Go Asian adalah dedak tersedak Rocky Bru (special brew ?) yg amat payah utk beliau tolak. Massage sana sini bro ! Eh..bru !

    ReplyDelete
  16. Si atan tu memang 'hipokrit' kaki b.....semua tulisan dia sekarang dah boleh buat bungkus babi. Khakk ptuiii la rocky

    ReplyDelete